JOACHIM Low enggan menyalahkan pengadil kerana menganugerahkan sepakan penalti yang dipertikaikan terhadap Bastian Schweinsteiger dalam kekalahan separuh akhir Euro 2016 kepada Perancis, awal pagi tadi, di samping percaya pasukannya berhak mara ke final.
Antoine Griezmann adalah wira dalam kemenangan Perancis dengan jaringan berganda di Marseille untuk memuktamadkan kemenangan 2-0 ke atas juara dunia itu.
Namun, ada kontroversi terhadap gol pendahuluan Perancis sejurus sebelum rehat apabila ketua pasukan, Schweinsteiger, dihukum keras kerana terpegang bola dalam kawasan penalti.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, Low, tiada hasrat untuk menuding jari kepada pengadil, Nicola Rizzoli, dan menyalahkan keputusan itu kepada “nasib malang” tetapi mempertahankan bahawa Jerman adalah pasukan lebih baik di Stade Velodrome.
“Saya tidak berkata apa-apa mengenai keputusan pengadil, anda perlu menerima apa jua keputusan. Sepakan penalti itu, saya tidak tahu, sebab ada peraturan ini, jika tangan bukan ada pada badan…
"Jika anda lihat bagaimana Bastian mendekati bola, bola itu menyentuh tangannya dalam satu persepuluh saat,” Low memberitahu satu sidang media.
"Pemain itu tidak boleh memikirkan mengenai itu, ia nasib malang. Anda boleh berkata tangannya tidak patut berada di situ tetapi ada pergerakan bila anda melompat dan anda tidak boleh mengawalnya. Saya tidak boleh menyalahkan mana-mana pemain kerana itu.
"Terlalu banyak perkara yang silap tetapi saya perlu memberi pujian kepada pasukan, kami adalah pasukan yang lebih baik.
“Kami memberikan banyak sekali dan ada bahasa tubuh yang menunjukkan kami kuat. Adalah malang kami bolos dengan gol itu, ia nasib malang, bola menyentuh tangannya seminit sebelum tamat separuh masa pertama.
“Kami memiliki peluang kami dan apa yang disesali, kami tidak menjaringkan gol. Kami tidak mendapat tuah yang kami perlukan tetapi pada 2012 (dalam kekalahan separuh akhir Kejohanan Eropah kepada Itali) atau 2010 (dalam kekalahan separuh akhir Piala Dunia kepada Sepanyol), apabila kami tersingkir, pasukan yang mengalahkan kami adalah pasukan yang lebih baik.
"Hari ini ia bukan begitu, kami adalah pasukan yang lebih baik daripada Perancis.”
Jerman ketiadaan beberapa pemain utama untuk pertemuan itu, dengan Sami Khedira dan Mario Gomez cedera, Mats Hummels digantung, manakala Jerome Boateng terpaksa keluar kerana cedera dalam separuh masa kedua.
Low percaya dengan ketiadaan pemain-pemain utama berkenaan, adalah sukar untuk Jerman menangani keadaan.
"Jerome Boateng terpaksa meninggalkan padang dan kami makin lemah selepas itu. Kesemuanya empat pemain yang kami kehilangan tapi pasukan ini melakukan segala-gala yang saya arahkan. Kami beraksi dengan berani, jadi tiada apa-apa yang pemain-pemain boleh dipersalahkan.”
Astro Arena
Fri Jul 08 2016
"Jika anda lihat bagaimana Bastian mendekati bola, bola itu menyentuh tangannya dalam satu persepuluh saat," kata Low. - Gambar Fail AFP
Lelaki direman kes rasuah Puspakom
Seorang lelaki disyaki terlibat rasuah di Puspakom direman bagi siasatan SPRM. Usaha ini mencerminkan komitmen integriti dalam pemeriksaan kenderaan.
Dua warga Indonesia maut dihempap kaca di Bintulu
Dua warga Indonesia maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dihempap kepingan kaca di dalam sebuah kontena di sebuah kilang di Bintulu.
Lelaki maut, rumah didiami runtuh di Kuching
Seorang lelaki maut apabila rumah yang didiaminya runtuh dalam kejadian di Jalan Stampin Baru, di Kuching awal pagi Sabtu.
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu merah
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dengan kemalangan di Jalan Azalea 1/1, Sungai Choh, Serendah, Khamis lalu.
[TERKINI] Polis siasat kumpulan berpakaian istiadat pasukan beruniform
Polis Selangor telah membuka kertas siasatan berhubung sekumpulan individu yang menghadiri majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform.
X papar logo Grok untuk mudahkan akses kepada pembantu AI
Pengguna boleh melakukan pelbagai pertanyaan terus kepada Grok, di samping turut menggunakannya dalam penjanaan gambar.
Microsoft rancang labur AS$80 bilion untuk pusat data AI pada fiskal 2025
Microsoft merancang untuk melabur hampir AS$100 bilion bagi pembangunan pusat data berasaskan AI pada tahun fiskal 2025.
Pantau Agenda Reformasi: Pengalaman dan harapan JKM aspek pengendalian banjir
Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz mengimbau cabaran mengendalikan mangsa banjir sewaktu gelombang pertama, dan berkongsikan permintaan JKM kepada pihak kerajaan.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu merah
Pihak polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan.
Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger
Jerman kehilangan sebahagian daripada nilai mereka kerana cara jurulatih dari Sepanyol itu mengendalikan pasukan ketika bersama Bayern Munich.
Euro 2016: Low keluh 'nasib malang' penalti terhadap Schweinsteiger
Namun, ada kontroversi terhadap gol pendahuluan Perancis sejurus sebelum rehat apabila ketua pasukan, Schweinsteiger, dihukum keras kerana terpegang bola dalam kawasan penalti.
Euro 2016: Permulaan gah buat juara dunia Jerman, benam Ukraine 2-0
Jerman membuka saingan Kumpulan C temasya tahun ini dengan cemerlang apabila gol Shkodran Mustafi dan Bastian Schweinsteiger melakar kemenangan pasukan itu ke atas Ukraine.