ERIK TEN HAG berharap Manchester United dapat memastikan kemenangan ke atas Nottingham Forest lebih awal ketika pelawat merakamkan kemenangan 2-0 di City Ground semalam.
Antony memastikan The Red Devils mendahului di separuh masa pertama, namun United bergelut untuk melepasi Keylor Navas sekali lagi sehinggalah Diogo Dalot menjaringkan gol kedua pada minit ke-76.
United menamatkan perlawanan dengan jangkaan kadar gol (xG) 3.49, dan akhirnya memperoleh tiga mata untuk memintas Newcastle United ke tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.
"Persembahan yang mantap. Kemenangan yang berhak diraih. Satu-satunya kritikan yang boleh saya katakan, saya mengharapkan jaringan yang lebih banyak. 3-0 atau 4-0. Kami terlepas banyak peluang," kata Ten Hag.
"Anda mahu menjaringkan gol dan menamatkan perlawanan dengan lebih awal. Dalam perlawanan besar anda tidak mencipta begitu banyak peluang, jadi anda perlu menjaringkan gol.
"Kami memerlukan lebih ramai penjaring gol dan saya gembira dengan Antony. Dia menjaringkan gol, memberikan bantuan jaringan. Permulaannya dalam perlawanan tidak begitu baik, tetapi selepas menyesuaikan diri, dia sentiasa menjadi ancaman bagi lawan."
United tanpa penjaring terbanyak Marcus Rashford akibat kecederaan, serta gandingan pertahanan Raphael Varane dan Lisandro Martinez selepas kedua-duanya mengalami kecederaan dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Europa 2-2 dengan Sevilla Jumaat. -- Stadium Astro
Astro Arena
Mon Apr 17 2023

"Saya mengharapkan jaringan yang lebih banyak. 3-0 atau 4-0. Kami terlepas banyak peluang," kata Ten Hag. - Fail/AP
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

Nottingham Forest barakan sensasi gaya retro memukau di EPL
Biarpun kurang memukau dari segi estetika, kecekapan adalah kunci utama Espirito Santo dalam mengemudi kelab dengan bajet kecil seperti Forest.

Guimaraes nyalakan semula impian Newcastle ke Liga Juara-Juara
Pemain The Magpies dari Brazil, Bruno Guimaraes, muncul wira apabila meledak jaringan kemenangan minit ke-63.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.

EPL: Liverpool makin hampir pahat nama selaku juara!
Jaringan Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister memberi kemenangan terbaru Liverpool, manakala Arsenal hanya mampu seri di Nottingham Forest.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.