ARNE Slot menegaskan penyokong Liverpool akan menyukainya kerana cara pasukannya bermain dan bukan kerana dia memberikan reaksi kepada penyokong di Anfield.

Pengganti Jurgen Klopp itu mempamerkan ikatan segera dengan penonton Anfield dengan menunjukkan emosinya di garisan tepi dan pada akhir perlawanan. Klopp kemudian menjadikannya ritual selepas meraih kemenangan dan memimpin sorakan The Kop.

Semestinya peminat The Reds memuja pasukan bimbingan pengendali kelahiran Jerman itu yang telah memenangi tujuh trofi utama, namun Slot memiliki perwatakan yang berbeza.

Pengendali The Kop baharu itu menegaskan ikatan antara dia dan penyokong akan bertambah apabila mereka belajar mencintai cara bola sepaknya. 

Dia berkata, “Cara saya melakukan sesuatu ialah membiarkan pasukan bermain dengan cara yang terbaik dan mereka menikmati permainan pasukan dan dengan cara itu mereka harap akan kagumi.

“Tetapi jangan harap saya akan mengulangi apa yang dilakukan Klopp setiap kali perlawanan. Itu bukan gaya saya." - Stadium Astro