Arne Slot bermula memulakan kariernya mengemudi Liverpool dengan langkah kanan apabila membuka kempen Liga Perdana Inggeris 2024-25 dengan kemenangan 2-0 ke atas Ipswich Town, malam tadi.
Ipswich menyajikan persembahan hebat dalam perlawanan EPL pertama mereka itu sejak 2002, tetapi Liverpool ternyata lebih handal untuk memulakan era Slot dengan kemenangan selesa di Portman Road.
Gol mereka dihasilkan Diogo Jota selepas sejam permainan dengan penyudah jarak dekat.
Dan selepas mencipta bantuan gol, Mohamed Salah bertindak sendiri untuk jaringan pada minit ke-65 dan pelawat tidak pula mengendurkan serangan hingga wisel penamat.
Jota telah mensia-siakan peluang keemasan sejurus sebelum meletakkan Liverpool di hadapan, walaupun The Reds boleh dikatakan kedua terbaik untuk sebahagian besar separuh masa pertama.