ARNE Slot telah dikenakan penggantungan untuk bersama Liverpool selepas dibuang padang berikutan keputusan seri derby Merseyside Liverpool menentang Everton.

Pengendali Liverpool, Arne Slot, telah digantung dua perlawanan.

Slot dan penolong ketua jurulatih, Sipke Hulshoff, telah dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil, Michael Oliver, berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton dalam derby Merseyside di Goodison Park awal bulan ini.

Slot dan Hulshoff didakwa ‘bertindak dengan cara yang tidak wajar dan/atau menggunakan kata-kata dan/atau tingkah laku yang menghina dan/atau kesat’ terhadap pegawai perlawanan.


Slot telah dikenakan denda GB{70,000 dan Hulshoff dikenakan bayaran GB{7,000.

Ini bermakna, dua individu itu tidak akan berada di ruang istirahat untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris awal pagi Khamis (Rabu waktu tempatan) menentang Newcastle United di Anfield dan pertemuan hujung minggu depan menentang Southampton.

Sebaliknya, Johnny Heitinga akan mengendalikan The Reds.

Slot dan Hulshoff akan kembali untuk perlawanan akhir Piala Carabao menentang Newcastle pada Ahad 16 Mac.