IPOH: Laungan amaran Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam bahawa bahawa dua pasukan tercorot Liga Super musim ini boleh tersingkir ke saingan Liga M3 menjadikan Perak FC komited untuk memperbaiki kedudukan.
Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata walaupun belum ada keputusan rasmi berhubung perkara itu, namun ia menjadi kebimbangan pihak pengurusan ketika ini dan berazam membawa perubahan untuk memastikan pasukan Seladang terus bersaing dalam liga berkenaan.
"Untuk separuh kedua musim ini, kami akan melakukan segala yang terbaik untuk mengukuhkan kedudukan kami di pertengahan liga selain menempa pencapaian sejauh yang boleh dalam saingan Piala Malaysia dan MFL," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata Perak FC menyokong penuh mekanisme penyingkiran seperti yang dinyatakan dan bersedia menghadapinya kerana pasukan itu juga telah melalui dan mengharungi pelbagai cabaran dari awal pembabitan sehingga kini.
Menurutnya selepas beberapa perubahan yang dilakukan pada kakitangan kejurulatihan, pemain dan pegawai perubatan serta menstruktur semula strategi pada pertengahan musim ini, beliau yakin Perak FC mampu menjadi pasukan yang lengkap dan bermotivasi untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.
Pada masa yang sama, pihaknya turut menghargai jasa penyokong The Bos Gaurus serta kerajaan negeri menerusi agensinya seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) yang sentiasa menyatakan sokongan kepada Perak FC.
Empat pasukan tercorot Liga Super ketika ini masing-masing adalah bekas pasukan Liga Perdana musim lepas yang kini bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super.
Perak FC berada pada kedudukan ke-11 liga dengan 13 mata, mendahului Kuching City FC dan Kelantan United (tujuh mata), selain Kelantan FC yang hanya memperoleh lima mata hasil satu kemenangan sahaja setakat ini.
Dua pasukan yang berada di kedudukan terakhir di hujung liga bakal tersingkir dan dua pasukan daripada Liga M3 berpeluang beraksi di Liga Super musim 2024, namun perkara itu tertakluk kepada kelulusan pelesenan kelab pasukan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Perak FC (gambar) berada pada kedudukan ke-11 Liga Super dengan 13 mata, mendahului Kuching City FC dan Kelantan United (tujuh mata), selain Kelantan FC yang hanya memperoleh lima mata. - Foto Facebook Perak Football Club

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.

TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.

Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.

Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.