PETALING JAYA: Ketua Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, E. Elavarasan masih diberi mandat menjadi pengendali skuad Harimau Muda bagi mengharungi baki dua kejohanan antarabangsa tahun ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman berkata hasil daripada mesyuarat diadakan semalam, tiada perubahan teknikal dibuat badan induk bola sepak negara itu bagi skuad muda yang diletakkan sasaran untuk layak ke Piala Asia B-23, tahun hadapan.
Beliau berkata Indeks Prestasi Utama (KPI) yang baharu sudah diberikan kepada Elavarasan sebagai tanggungjawab untuk memastikan skuad Harimau Muda berada dalam kelompok pasukan terbaik pada kelayakan Piala Asia B-23, yang dijadualkan September ini.
"Kita akan mengharungi dua lagi kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada Ogos dan kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan kedua-dua kejohanan akan berlangsung di Thailand.
"Selepas mesyuarat Exco FAM sebentar tadi, kita mengambil keputusan kekalkan khidmat Elavarasan mengemudi pasukan untuk dua kejohanan tersebut," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kelapan Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di sini semalam.
Skuad B-23 negara baru-baru ini menerima kritikan hebat susulan prestasi hambar ditampilkan apabila tersingkir seawal peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, sekali gus gagal mencapai sasaran layak ke final.
Bagi kejohanan B-23 AFF, Harimau Muda diundi bersama pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Indonesia dalam misi memburu kejuaraan sulung di Chonburi, Thailand itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Ketua Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, E. Elavarasan masih diberi mandat menjadi pengendali skuad Harimau Muda bagi mengharungi baki dua kejohanan antarabangsa tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

E. Elavarasan lepas jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara
E. Elavarasan secara rasminya melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad B-23 negara.

Harimau Muda layak ke Piala Asia
Skuad kendalian E Elavarasan itu menjadi pasukan terakhir layak selaku naib juara terbaik bersama Kuwait, Tajikistan dan China.

Harimau Muda diminta bangkit cipta kejutan - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan untuk bangkit mencipta kejutan pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, bulan depan.

Elavarasan masih diberi mandat kemudi Harimau Muda
Hasil daripada mesyuarat diadakan pada Selasa, tiada perubahan teknikal dibuat badan induk bola sepak negara itu

Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.

Gagal ke separuh akhir, Malaysia hanya 'kumpul', 'bawa' pemain untuk bertanding - Elavarasan
Elavarasan berkata, pasukan lain membuat persiapan rapi sebelum temasya sukan itu berbanding skuad Harimau Muda kendaliannya.

Sukan SEA: Harimau Muda sepatutnya ke final - Elavarasan
Peluang skuad Harimau Muda untuk mara ke peringkat separuh akhir tertutup selepas tewas 1-2 kepada Vietnam pada perlawanan ketiga Kumpulan B.

Sukan SEA: Elavarasan enggan salahkan cuaca, yakin peluang masih terbuka
Elavarasan enggan menyalahkan faktor luaran selepas Malaysia tumpas 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023.

Sukan SEA: Elavarasan belum muktamadkan skuad utama Harimau Muda
Elavarasan masih berteka-teki berhubung senarai skuad utama yang akan dibawanya bagi menggalas cabaran bola sepak lelaki ke Sukan SEA Phnom Penh di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei ini.

Muhammad Aliff berpotensi sarung jersi Harimau Malaya - Elavarasan
Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai saiz fizikal badan dan ketinggian yang sesuai untuk bermain di posisi pertahanan.