PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa E. Elavarasan secara rasminya melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad B-23 negara untuk kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih skuad senior kebangsaan.
Elavarasan diumumkan sebagai ketua jurulatih skuad B-23 negara bagi menggantikan Brad Maloney pada 1 September tahun lalu dan pada masa yang sama masih memegang jawatan sebagai pembantu kepada ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Kim Pan-gon.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, dalam satu kenyataan hari ini berkata: "FAM pada ketika itu membuat keputusan melantik Elavarasan bagi mengemudi skuad B-23 kebangsaan kerana dia berada dalam sistem kejurulatihan Pan-gon, sekali gus memudahkan proses kesinambungan untuk skuad senior dan skuad B-23 negara.
"Setahun di bawah kendalian Elavarasan, skuad B-23 kebangsaan menjuarai Piala Merlion 2023 di Singapura pada Mac lalu dan biarpun gagal dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei lalu, mereka berjaya layak ke separuh akhir Kejohanan AFF B-23 2023 di Rayong, Thailand pada Ogos lalu dan layak ke Piala Asia B-23 2024 selepas melepasi pusingan kelayakan di Chonburi, Thailand baru-baru ini.
"Sejurus selesai tugasan di Chonburi itu, satu perjumpaan di antara Elavarasan dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi membincangkan hala tuju pasukan B-23 kebangsaan selepas aksi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024.
"Dalam perbincangan hati ke hati itu, Hamidin dan Elavarasan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan agar dia kembali fokus kepada tanggungjawabnya sebagai penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi membantu Pan-gon dalam skuad senior, sekali gus memberi ruang kepada individu lain untuk menggalas tugas selaku ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April depan," katanya.
FAM turut memaklumkan bahawa pengganti Elavarasan hanya akan diumumkan selepas beberapa penelitian dan perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat serta kata putus yang akan dicapai nanti.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Mon Sep 18 2023
![E. Elavarasan lepas jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara E. Elavarasan lepas jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685049670_EElavarasan.jpg)
Elavarasan diumumkan sebagai ketua jurulatih skuad B-23 negara bagi menggantikan Brad Maloney pada 1 September tahun lalu. - Gambar fail/Bernama
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![E. Elavarasan lepas jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara E. Elavarasan lepas jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685049670_EElavarasan.jpg)
E. Elavarasan lepas jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara
E. Elavarasan secara rasminya melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad B-23 negara.
![Harimau Muda layak ke Piala Asia Harimau Muda layak ke Piala Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694552628_HarimauMuda.jpg)
Harimau Muda layak ke Piala Asia
Skuad kendalian E Elavarasan itu menjadi pasukan terakhir layak selaku naib juara terbaik bersama Kuwait, Tajikistan dan China.
![Harimau Muda diminta bangkit cipta kejutan - Hamidin Harimau Muda diminta bangkit cipta kejutan - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691401905_HamidinMohdAmin.jpg)
Harimau Muda diminta bangkit cipta kejutan - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan untuk bangkit mencipta kejutan pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, bulan depan.
![Elavarasan masih diberi mandat kemudi Harimau Muda Elavarasan masih diberi mandat kemudi Harimau Muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683383002_EElavarasanKetua.jpg)
Elavarasan masih diberi mandat kemudi Harimau Muda
Hasil daripada mesyuarat diadakan pada Selasa, tiada perubahan teknikal dibuat badan induk bola sepak negara itu
![Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683804620_HarimauMudamengamuk.jpg)
Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.
![Gagal ke separuh akhir, Malaysia hanya 'kumpul', 'bawa' pemain untuk bertanding - Elavarasan Gagal ke separuh akhir, Malaysia hanya 'kumpul', 'bawa' pemain untuk bertanding - Elavarasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683841133_eelavarasan.jpg)
Gagal ke separuh akhir, Malaysia hanya 'kumpul', 'bawa' pemain untuk bertanding - Elavarasan
Elavarasan berkata, pasukan lain membuat persiapan rapi sebelum temasya sukan itu berbanding skuad Harimau Muda kendaliannya.
![Sukan SEA: Harimau Muda sepatutnya ke final - Elavarasan Sukan SEA: Harimau Muda sepatutnya ke final - Elavarasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683383002_EElavarasanKetua.jpg)
Sukan SEA: Harimau Muda sepatutnya ke final - Elavarasan
Peluang skuad Harimau Muda untuk mara ke peringkat separuh akhir tertutup selepas tewas 1-2 kepada Vietnam pada perlawanan ketiga Kumpulan B.
![Sukan SEA: Elavarasan enggan salahkan cuaca, yakin peluang masih terbuka Sukan SEA: Elavarasan enggan salahkan cuaca, yakin peluang masih terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683383002_EElavarasanKetua.jpg)
Sukan SEA: Elavarasan enggan salahkan cuaca, yakin peluang masih terbuka
Elavarasan enggan menyalahkan faktor luaran selepas Malaysia tumpas 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023.
![Sukan SEA: Elavarasan belum muktamadkan skuad utama Harimau Muda Sukan SEA: Elavarasan belum muktamadkan skuad utama Harimau Muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645613077_EElavarasan.jpg)
Sukan SEA: Elavarasan belum muktamadkan skuad utama Harimau Muda
Elavarasan masih berteka-teki berhubung senarai skuad utama yang akan dibawanya bagi menggalas cabaran bola sepak lelaki ke Sukan SEA Phnom Penh di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei ini.
![Muhammad Aliff berpotensi sarung jersi Harimau Malaya - Elavarasan Muhammad Aliff berpotensi sarung jersi Harimau Malaya - Elavarasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670190490_SkuahHarimauMuda.jpg)
Muhammad Aliff berpotensi sarung jersi Harimau Malaya - Elavarasan
Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai saiz fizikal badan dan ketinggian yang sesuai untuk bermain di posisi pertahanan.