BEIJING: Atlet lompat bergalah Sweden Mondo Duplantis dan juara dunia 400m lari berpagar Sydney McLaughlin-Levrone dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Dunia, umum Olahraga Dunia pada Selasa.
McLaughlin-Levrone, 23, mencatat masa 50.68 saat untuk memperbaharui rekodnya sendiri pada Kejohanan Olahraga Dunia di Oregon selain membantu Amerika Syarikat (AS) memenangi acara lari berganti-ganti 4x400m wanita, lapor Xinhua.
"Semua sasaran saya tercapai tahun ini. Kami dapat mencapai semua yang kami sasarkan. Tiada yang lebih baik melainkan dapat melakukannya di hadapan penonton sendiri," kata McLaughlin-Levrone selepas kemenangannya di Oregon 2022.
Duplantis meneruskan penguasaannya dalam acara lompat bergalah lelaki pada 2022, meraih 18 kemenangan daripada 19 pertandingan.
Jaguh lompat bergalah Sweden itu mencipta tiga rekod dunia pada musim ini dengan lompatan lebih enam meter sebanyak 23 kali. Di Oregon 2022, Duplantis mencatat rekod dunia dengan lompatan setinggi 6.21m.
"Saya mahu memenangi kejohanan dunia di luar dan dalam dewan di Eropah, di final Liga Diamond dan mahu memecahkan rekod dunia beberapa kali," katanya.
Perejam lembing Serbia Adriana Vilagos dan pelari pecut AS, Erriyon Knighton memenangi anugerah Atlet Harapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Duplantis (kiri) dan Sydney McLaughlin-Levrone masing-masing dikagumi kerana melakar rekod cemerlang. - Reuters / IG @sydneymclaughlin16

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022
Mike dan Liek Hou masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Duplantis, McLaughlin-Levrone dinobat atlet terbaik dunia
Atlet lompat bergalah Sweden dan dan juara dunia 400m lari berpagar itu masing-masing dikagumi kerana melakar rekod cemerlang.

Mohamad Zikri, Nur Jannaton atlet terbaik Para Sukma 2022
Mereka dinobatkan sebagai Atlet Lelaki dan Wanita Terbaik temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 pada Majlis Perasmian Penutupan malam ini.

Mohd Azizulhasni pilihan popular Anugerah SAM-100PLUS 2018
Penganjuran acara tahun ini lebih banyak cabarannya kerana ia sempena sambutan ulang tahun 50 tahun SAM.