KOTA BHARU: Dua peserta, Muhamad Habibullah Al Amin Ahmad Anuar dan Alia Sofia Asmadi, akan mewakili negara pada Kejohanan Bocce Remaja Dunia di Rom, Itali, bermula Isnin hingga Sabtu depan.
Presiden Persekutuan Boulse Bocce Malaysia (MSBBF), Razali Wan Zain, berkata kedua-dua peserta tersebut akan menyertai acara perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran selepas melayakkan diri selepas menjuarai Kejohanan Remaja Asia Oceania 2019 di Putrajaya yang berakhir Sabtu.
"Kejohanan Remaja Dunia akan melibatkan 20 negara terbaik dunia mewakili Benua Asia Oceania (empat negara), Benua Afrika (empat negara), Benua Amerika Selatan (empat negara) dan Benua Eropah (lapan negara)," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Sabtu.
Kejohanan Remaja Dunia sepatutnya diadakan pada 2020 tetapi ditangguh disebababkan wabak COVID-19.
Razali, yang juga pengurus pasukan, berkata beliau bersama kedua-dua peserta tersebut serta jurulatih Mohd Arzaini Mohd Nawi akan berlepas ke Rom, Sabtu malam.
Bocce mirip sukan petanque dan boling padang, namun ia mempunyai disiplin permainan tersendiri dan sesuai dimainkan semua peringkat umur kerana ia tidak melibatkan sentuhan badan dan tidak membahayakan pemain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022
Kejohanan Remaja Dunia sepatutnya diadakan pada 2020 tetapi ditangguh disebababkan wabak COVID-19.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Dua peserta wakili negara pada Kejohanan Bocce Remaja Dunia di Rom, minggu depan
Kejohanan Remaja Dunia sepatutnya diadakan pada 2020 tetapi ditangguh disebababkan wabak COVID-19.