KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih skuad kebangsaan Muhammad Dharmaraj Abdullah adalah antara empat calon disenarai pendek Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi mengisi jawatan ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan baharu yang akan diumumkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KHM, Datuk Majid Manjit Abdullah berkata empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
MHC mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arul Selvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Selain Dharmaraj, calon tempatan lain ialah Sarjit Singh dan dua calon jurulatih luar negara iaitu Brendan Caralon dari Afrika Selatan dan Glenn Turner dari Australia.
"Dua calon dari luar negara itu pernah menjadi pembantu kepada Arul sebelum ini," katanya dalam sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.
Katanya, jawatankuasa itu akan mengesyorkan pemilihan jurulatih kepada MHC untuk membuat keputusan akhir.
"Jurulatih baharu berkenaan akan ditawarkan kontrak dua tahun selain kontrak lanjutan (dua tahun) dengan objektif utama skuad kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat, katanya.
Dharmaraj, 54, ketika ini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Hoki Indonesia dan pernah menjadi ketua jurulatih skuad lelaki negara pada awal 2014 sebelum direhatkan selepas berakhir saingan Sukan Komanwel Glasgow 2014.
Sebelum ke Indonesia, beliau mengemudi Malaysian Tigress melakar sejarah muncul naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia 2017 selain memastikan skuad remaja lelaki meraih tempat keempat Piala Dunia Remaja 2013.
Dharmaraj mula bersama pasukan hoki Wilayah Jawa Barat pada 2020 sebelum dilamar pasukan kebangsaan Indonesia pada Mac 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
![Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708428617_MajidManjitAbdulla.jpg)
Datuk Majid Manjit Abdullah berkata empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini. - Bernama
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
![Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718288552_TBSpeedyTigers.jpg)
Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.
![Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717942759_TBHOKIMSIA.jpg)
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.
![Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2 Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717624173_HockeyMensNations.jpg)
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2
Ia kemenangan sulung Speedy Tigers dalam saingan itu selepas seri dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas kepada Perancis.
![Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4 Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715121956_PialaSultanAzlanS.jpg)
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
![SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2 SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714923642_TBHOKI.jpg)
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
![Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711854259_TBSarjitSingh.jpg)
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
![Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713314632_Hoki.jpg)
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
![Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/41571316042_MohamadSukriAbdul.jpg)
Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri
Pertukaran daripada seorang pemain kepada jurulatih disifatkan sebagai suatu cabaran berbeza oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Speedy Tiger.
![Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711932634_AhmadNajmi.jpg)
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
![Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711854259_TBSarjitSingh.jpg)
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.