KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan Sarjit Singh menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah di Ipoh , Perak mulai Sabtu ini hingga 11 Mei.
Beliau berharap peminat tidak menaruh harapan tinggi terhadap pasukan terutamanya apabila pasukan ranking ke-13 dunia itu akan menggalas cabaran sebagai juara bertahan selepas memenangi Piala Sultan Azlan Shah untuk kali pertama pada tahun 2022 sejak ia dimulakan pada tahun 1983.
"Orang ramai tidak seharusnya menilai Speedy Tigers. Kami sedang membangunkan pasukan ini. Bersabarlah. Biarkan pasukan berkembang (dan bertambah baik) secara berperingkat.
"Aksi persahabatan dengan New Zealand semalam merupakan perlawanan berkualiti tinggi...kami pasukan baharu serta belum sempat melakukan program kecergasan kerana kekangan masa.
"Bayangkan jika kami melakukan progam itu dan pasti pasukan akan beraksi dengan lebih baik. Berikan ruang untuk memperbaiki,"kata jurulatih itu yang dilantik awal Mac lalu dalam kenyataan pada Khamis.
Malaysia menunjukkan sekilas apa yang mereka mampu lakukan dalam kejohanan berprestij itu apabila menewaskan pasukan ranking ke-10 dunia New Zealand 3-2 di Ipoh.
Sarjit berkata beliau juga kagum dengan persembahan 'luar biasa' lima pemain - gandingan adik beradik Saari iaitu Faizal dan Fitri, pemain tengah Marhan Jalil, penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman (semuanya veteran) dan penjaga gol baharu Che Shahrul Azmi - dalam perlawanan persahabatan tersebut.
Beliau bagaimanapun berkata, 18 pemain yang akan disenarai pendek untuk Piala Sultan Azlan Shah akan sedar bahawa persaingan akan menjadi lebih sukar tetapi mesejnya lantang dan jelas - mereka mesti bermain dengan sepenuh hati.
"Kami sedang mencari pemain yang komited dan bekerja keras. Tidak dinafikan kita mempunyai ramai daripada mereka. Sasaran kami - Sukan Asia 2026 - tinggal 30 bulan lagi. Fokus jangka panjang kami adalah untuk menyediakan pasukan ini ke Asiad.
"Kita bukan sahaja bercakap mengenai 18 pemain yang dipilih untuk Piala Sultan Azlan Shah. Mereka hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan skuad yang terdiri daripada 30 pemain.
"Dalam setiap kejohanan, kami akan menukar pemain dan semua pemain akan mendapat peluang untuk bermain dalam seberapa banyak perlawanan untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman," kata Sarjit.
Menurutnya ini hanyalah fasa pertama menguji 18 pemain yang disenarai pendek, manakala empat atau lima lagi pemain akan beraksi dalam dua kejohanan akan datang.
Selepas Piala Sultan Azlan yang menjadi ujian pertama Sarjit, Speedy Tigers akan menyertai kejohanan Piala Negara-Negara di Poland dari 30 Mei hingga 1 Jun dan Trofi Juara-Juara Asia dari 8 hingga 17 Sept di Inner Monggolia, China.
Malaysia akan memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah dengan menentang juara tiga kali Pakistan Sabtu ini sebelum menentang Kanada pada Ahad, juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan pada 10 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024

Sarjit berharap peminat tidak menaruh harapan tinggi terhadap pasukan terutamanya apabila pasukan ranking ke-13 dunia itu akan menggalas cabaran sebagai juara bertahan selepas memenangi Piala Sultan Azlan Shah. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.

MHL 2025 peluang pemain bukti kehebatan untuk sertai Speedy Tigers - Sarjit
Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 menjadi platform pemilihan pemain untuk menyertai skuad hoki kebangsaan, kata Ketua Jurulatih Sarjit Singh.

ACT: The Speedy Tigers akhiri cabaran di tempat keenam
Skuad hoki negara mengakhiri saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di tempat keenam selepas tewas kepada Jepun.

Speedy Tigers tutup kempen Eropah dengan kekalahan
Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen jelajah Eropah dengan satu lagi kekalahan, kali ini tumpas kepada India, 1-2, di Zwolle Hockey Club, Belanda pada Ahad.

Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman
Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman.

Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2
Ia kemenangan sulung Speedy Tigers dalam saingan itu selepas seri dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas kepada Perancis.

Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.

SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.