KUALA LUMPUR: Denmark mengekalkan mahkota perseorangan lelaki Terbuka Malaysia hari ini selepas Anders Antonsen muncul juara, selepas juara bertahan Viktor Axelsen terkandas di separuh akhir semalam.
Antonsen, pemain di ranking kesembilan dunia, menewaskan Shi Yu Qi dari China dalam pertarungan mudah 21-14, 21-13 dalam perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, yang merupakan satu kemenangan besar dalam kerjaya badmintonnya.
Kemenangan terbesar Antonsen sebelum ini ialah memenangi gelaran Jelajah Akhir Dunia 2020, yang juga merupakan kejohanan Super 1000, menewaskan rakan senegara Axelsen, selain satu pingat perak dan dua gangsa dalam Kejohanan Dunia.
Juara Terbuka Malaysia membawa pulang pingat, piala dan hadiah wang tunai US$91,000 (kira-kira RM422,877), manakala Yu Qi menerima US$44,200 (kira-kira RM205,397) berserta pingat dan piala.
Bercakap kepada pemberita, Antonsen menyifatkan kejayaan diraih hari ini merupakan detik bersejarah dalam hidupnya.
"Perasaan yang luar biasa, saya masih terkejut. Set pertama berlangsung sangat baik tapi set kedua penuh dengan debaran, bukan yang terbaik, saya juga bukan dalam keadaan terbaik ketika itu dan rasa terlalu lama untuk menamatkan perlawanan.
"Saya tidak sangka (menang mudah) dengan lawan sebegini. Ternyata ia merupakan perlawanan sukar buat beliau di set kedua dengan gangguan angin, jadi penting untuk saya menguasai set pertama," katanya.
Mengenai sambutan bagi meraikan kejayaannya, Antonsen berkata beliau akan menikmati 'makan besar' pada malam ini kemungkinan menjamu selera dengan burger, piza, santapan mewah atau mencari makanan tempatan.
Antonsen mara ke final selepas mengetepikan wakil Taiwan, Lin Chun Yi 21-16, 21-17 manakala Yu Qi menyingkirkan Axelsen 21-12, 19-21, 21-17 dalam aksi separuh akhir semalam.
Sementara itu, Yu Qi mengakui pemain Denmark itu bermain dengan lebih baik berbanding dirinya.
"Antonsen melakukan persiapan lebih baik dari saya. Beliau juga mempunyai kemahiran dan taktik yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Antonsen mara ke final selepas mengetepikan wakil Taiwan, Lin Chun Yi 21-16, 21-17 manakala Yu Qi menyingkirkan Axelsen 21-12, 19-21, 21-17 dalam aksi separuh akhir semalam. - Gambar Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Cakap semua senang, tapi kerja ini siapa nak buat' - Norza
Norza mahu fokus kepada tanggungjawab sebagai 'bos' badan induk tersebut demi kemajuan badminton negara di pentas antarabangsa.

Usah ragu kemampuan pemain badminton negara - BAM
Mohamad Norza berkata keputusan mengecewakan di laman sendiri membuka mata pihaknya untuk membuat persediaan lebih rapi.

Beregu lelaki China raih juara Terbuka Malaysia 2024
Beregu lelaki China, Liang Wei Keng-Wang Chang meraih gelaran Terbuka Malaysia 2024 selepas mengecewakan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India hari ini.

Denmark kekal mahkota perseorangan lelaki, Antonsen juara Terbuka Malaysia 2024
Denmark mengekalkan mahkota perseorangan lelaki Terbuka Malaysia hari ini selepas Anders Antonsen muncul juara, selepas juara bertahan Viktor Axelsen terkandas di separuh akhir semalam.

Yu Qi singkir Axelsen untuk berdepan Antonsen di final Terbuka Malaysia 2024
Wakil China, Shi Yu Qi mempamerkan aksi cemerlang untuk menamatkan penguasaan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 hari ini.

Terbuka Malaysia: Sudah tiba masa rangka strategi atasi Won Ho-Na Eun - Watanabe
Yuta Watanabe-Arisa Higashino bersemangat untuk menamatkan rentak tanpa kemenangan menentang wakil Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dan menjulang gelaran pertama Terbuka Malaysia pada final.

Zii Jia hormat keputusan Daren tinggal Team LZJ
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia, menghormati keputusan bekas penolong jurulatih Liew Daren untuk meninggalkan pasukannya Team LZJ bulan lepas.

Terbuka Malaysia: Singkir awal kali ketiga hantui Zii Jia
Zii Jia 'tersungkur awal' selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu, pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di Arena Axiata, di sini hari ini.

Permulaan musim baharu mengecewakan bagi Pearly-Thinaah
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah memulakan musim baharu mereka dengan cara yang begitu mengecewakan apabila tersingkir awal pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024.