Bukan sahaja meriah dengan kehadiran kedua-dua penyokong, malah pengunjung tampak lebih santai dan berpuas hati dengan siaran kandungan secara sah walaupun hanya ditonton di premis biasa.
Perlawanan yang disaksikan dengan siaran yang berkualiti menjadi lebih ceria dengan pelbagai cabutan bertuah disediakan untuk pengunjung yang menyaksikan perlawanan Astro BizOne Watch Party di Restoran Habib yang terletak di Taman Mount Austin malam tadi.
Bagi Pengarah Restoran Habib, Mohamed Riaz Nasar Khan, pihaknya sentiasa mengutamakan perkhidmatan kualiti bagi video yang dipaparkan di premis mereka.
"Ini kolaborasi dengan Astro kali kedua and kebiasaannya kita ada buat di Seri Alam and Bandar Baru UDA. Tahun ini adalah tahun ke-50 kita meniaga di Johor Bahru jadi perjalanan jni agak panjang juga. Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong kita," ujar Mohamed Riaz.
Katanya, siaran kualiti video sah sudah pasti memberi kepuasan kepada pelanggan sekali gus menjadikan premis mereka sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pengunjung.
Astro BizOne Watch Party malam tadi turut mendapat kerjasama daripada syarikat beras terkemuka negara iaitu beras Jasmine.
Ketua Bahagian Penjenamaan & Pembangunan Produk Jasmine Food Corporation Farhan Hafetz memberitahu, 300 kampit beras ditaja pihak mereka untuk diagihkan kepada pengunjung.
"Kita banyak lakukan program CSR... banyak memberi makanan pada golongan yang memerlukan sebab beras ini makanan asas dan semua orang makan nasi. Kalau makan beras ingatlah Jasmine," katanya.
Dalam pada itu penyampai radio DJ Ray pula menyifatkan penonton juga perlu bertanggungjawab untuk tidak menyokong penyiaran kandungan tidak sah.
Jika itu terjadi, menurutnya, titik peluh seseorang tidak dibayar dengan nilai sepatutnya
"Restoran Habib ini ialah pelanggan yang mempunyai lesen pemnyiaran dari Astro yang boleh anda contohi, bukan seperti kedai lain yang cuba gunakan aplikasi yang 'dicuri'. Kepada semua, saya hendak berpesan supaya pastikan anda tegur... itu tanggungjawab anda kena pastikan benda itu original," jelasnya.