Ringkasan AI
- Astro BizOne menutup tirai siri parti tontonan tahun ini dengan dua siaran bola sepak secara langsung di dua venue di Lembah Kelang.
- Acara di Buharry Briyani Bistro dan Uncle Dons Setia Alam meriah dengan pelbagai aktiviti dan tontonan siaran langsung.
- Astro BizOne komited untuk terus meraikan bola sepak, makanan, minuman, dan masyarakat dengan acara parti tontonan di seluruh Malaysia.
Pertama, perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di antara Thailand dengan Malaysia di Buharry Briyani Bistro, Klang; dan kedua, perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Liverpool dengan Fulham di Uncle Don’s, Setia Alam.
Kedua-dua acara pada Sabtu malam itu cukup meriah, seperti biasa diisi dengan pelbagai aktiviti di samping tontonan siaran langsung pada skrin besar, meraikan budaya harmoni Malaysia yang tiada tandingannya.
Sebelum sepak mula Thailand-Malaysia pada jam 9 malam, suasana di Buharry Briyani Bistro ‘dihangatkan’ dengan sesi kuiz yang memberi pelbagai hadiah menarik sumbangan Astro, diselangi cabutan bertuah pada separuh masa pertama dan selepas wisel penamat perlawanan ditiupkan.
Acara diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunarajah George; dan Naib Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) Datuk C. Krishnan.
Dr Gunarajah mengucapkan setinggi tahniah kepada Astro untuk sebuah inisiatif yang berupaya memperkukuh jalinan masyarakat, menyediakan sebuah wadah untuk orang ramai berhibur secara sihat sambil menyampaikan mesej-mesej yang baik.
“Program seperti ini patut digalakkan untuk setiap kali ada perlawanan bola sepak, di mana ia dapat mengerat dan merapatkan masyarakat kerana sukan itu satu medium penyatuan.
“Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Astro untuk penganjuran acara seperti ini dengan kerjasama persatuan-persatuan restoran.”
Sementara itu, C. Krishnan berbesar hati dengan penganjuran parti tontonan ini di Buharry Briyani Bistro yang selalu meyakini mutu perkhidmatan dan kandungan daripada Astro, memberikan mereka jaminan kepada setiap pelanggan yang datang.
“Astro memberikan kandungan berkualiti tinggi, dari segi bunyi dan visualnya yang berada di tahap lain berbanding perkhidmatan siaran yang lain.
“Walau pada mulanya ramai pengusaha premis makanan yang berat hati, tapi lambat laun lebih ramai akan menghargainya dan akhirnya akan mengelak daripada menggunakan kandungan yang disiar melalui saluran yang tidak sah.”
Selain makanan lazat percuma daripada Buharry Briyani Bistro, hadirin turut disajikan dengan juadah percuma daripada trak makanan Cap Kunci yang menjadi rakan kerjasama acara di restoran tersebut.
Eksekutif Kanan Korporat EHH Food Industry Sdn Bhd, Nismawaty Nurdin melihat penglibatan mereka dalam acara seperti ini dapat mendekatkan lagi jenama tersebut dengan khalayak, sambil mereka mempromosikan produk makanan berkualiti keluaran tempatan.
“Dengan sajian percuma ini kami dapat mendekati masyarakat, membina kepercayaan dengan mereka untuk mereka memilih dan setia menggunakan produk-produk daripada Cap Kunci keluaran kami.”
Walau Malaysia tewas tipis 0-1 kepada Thailand, hadirin di Buharry Briyani Bistro tetap bersemangat memberi sokongan kepada Harimau Malaya hingga wisel penamat dibunyikan.
Kemeriahan dan kehangatan tidak kurang hebatnya di Uncle Don’s Setia Alam, di mana orang ramai sudah mula memenuhi restoran beberapa jam sebelum perlawanan Liverpool-Fulham bermula pada jam 11 malam.
Acara dirancakkan dengan pelbagai aktiviti seperti kuiz dan cabutan bertuah, ketika para hadirin boleh menikmati menu ekskusif istimewa sempena perayaan Krismas yang bakal kunjung tiba tak lama lagi.
Seperti juga di restoran mamak, Uncle Don’s memberikan suasana hebat untuk pengalaman tontonan bola sepak secara langsung yang luar biasa, dengan tata rias dan susun atur ruang yang membangkit rasa.
Kalau dah namanya Malaysia, tonton di mana-mana pun, asal bersama, meriah saja!
Dengan 2025 bakal tiba, Astro BizOne, sebagai penyelesaian unggul untuk siaran kandungan di restoran, komited untuk terus meraikan bola sepak, makanan dan minuman, serta masyarakat dengan membawakan acara parti tontonannya ke seluruh Malaysia.