PETALING JAYA: Penyerang Harimau Malaya Darren Lok bertekad mencipta jaringan sebanyak mungkin untuk membantu skuadnya menyaingi China dan Syria pada dua perlawanan persahabatan Tier 1 di Chengdu, China, pada Rabu dan Sabtu depan.
Pemain kacukan Malaysia-Britain itu optimis sentuhan jurulatihnya, Kim Pan Gon yang agresif membantunya dan pasukan mencetak banyak gol menentang China dan Syria kelak.
"Itu tugas penyerang. Namun, bermain di bawah kendalian jurulatih Kim, kita ada (peluang). Kami agresif dan saya harap dapat membawa (gol) itu kepada pasukan negara.
"Tetapi seperti yang saya katakan, sudah tentu sebagai penyerang kita beri tumpuan terhadap gol. Saya ingin menjaringkan seberapa banyak gol yang mungkin buat Malaysia, pada masa sama membantu mereka (rakan sepasukan) di bahagian lain," katanya kepada pemberita pada hari terakhir sesi latihan Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini semalam.
Dalam pada itu, penyerang berusia 31 tahun itu berkata perlawanan menentang China dan Syria yang berada di ranking lebih tinggi bakal memberi pengalaman bermakna kepadanya kerana kedua-dua negara itu mempunyai kualiti permainan yang tinggi.
Katanya, tidak mustahil bagi pasukan Malaysia menewaskan China dan Syria yang masing-masing menghuni ranking ke-80 dan 94 dunia, melihat kepada pengalaman mereka menewaskan pasukan ranking lebih tinggi ketika Kelayakan Piala Asia tahun lepas.
"Dalam kelayakan Piala Asia, kita dapat bersaing dengan pasukan pada tahap ini. Jadi, saya rasa Malaysia sekarang kembali ke tahap itu dan kita boleh mula bersaing dengan negara-negara ini.
"Jadi, saya rasa semua orang teruja termasuk peminat bola sepak, untuk melihat apa yang akan berlaku ketika menentang China dan Syria nanti. Sebagai pemain, kami juga teruja dan bersedia memberikan yang terbaik," katanya.
Skuad negara akan berlepas ke Chengdu, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
Darren berkata perlawanan menentang China dan Syria yang berada di ranking lebih tinggi bakal memberi pengalaman bermakna kepadanya kerana kedua-dua negara itu mempunyai kualiti permainan yang tinggi. - Foto BERNAMA
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.