KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Syarifuddin Azman terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Valencia selepas mengalami keretakan pada pergelangan tangan kanannya.
Pelumba berusia 22 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Damok, berkata penilaian perubatan pada pagi tadi mendapati beliau mengalami kecederaan tersebut selepas terbabas pada sesi latihan bebas kedua di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada Jumaat lepas.
"Tentunya saya kecewa kerana saya mahu berlumba dan lakukan yang terbaik di perlumbaan akhir ini. Saya berterima kasih atas peluang dan pengalaman ini. Saya akan teruskan proses pemulihan saya sewaktu di Malaysia nanti," katanya menerusi kenyataan.
Keputusan itu bermakna Damok bakal menamatkan musim ini dengan lima mata selepas 20 perlumbaan (termasuk GP Valencia) di Kejuaraan Dunia musim ini.
Damok yang beraksi bersama pasukan MT Helmets-MSI, menamatkan latihan bebas pertama dan kedua pada Jumaat masing-masing di kedudukan ke-15 dan 23 dengan catatan masa 1 minit dan 40.722 saat (s), dan 1 minit 40.183s.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023

Penilaian perubatan mendapati Damok alami kecederaan itu selepas terbabas pada sesi latihan bebas kedua di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada Jumaat lalu. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Damok retak pergelangan tangan
Penilaian perubatan mendapati Damok alami kecederaan itu selepas terbabas pada sesi latihan bebas kedua di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada Jumaat lalu.

Damok serah kepada Zulfahmi tentukan masa depannya
Damok sedia sertai mana-mana pasukan, selepas pasukan MT Helmets-MSi tidak berhasrat untuk mengekalkan khidmatnya pada musim depan.

Minat TMJ untuk taja, tingkatkan motivasi Hafizh Syahrin baiki prestasi
Pelumba berusia 27 tahun itu, berkata ia sudah pasti meningkatkan motivasinya dalam menghadapi perjalanan karier yang semakin sukar sejak 2019.

GP Itali: Hafizh Syahrin duduki tempat ke-9
"Ini untuk Jason, yang meninggalkan kita semua sebelum perlumbaan bermula."

Persaraan Khairul Idham Pawi di luar jangka - Hafizh Syahrin
Hafizh agak terkejut dengan keputusan dibuat pelumba berusia 22 tahun yang pernah menjuarai kategori Moto3.

Grand Prix Itali: Quartararo bermula dari petak kedua
Quartararo, yang mencatatkan masa kedua pantas pada sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas melakukan masa terbaik sepusingan satu minit dan 45.733 saat.

Morbidelli tidak sabar untuk cabar Rossi
Morbidelli akan menunggang untuk pasukan MotoGP Malaysia yang pertama, Petronas Yamaha Sepang Racing Team.

Hafizh sedia bantu Khairul Idham di Moto2
Oktober lalu, pasukan Honda Asia mengumumkan Khairul akan beralih ke kategori Moto2 pada musim hadapan.