Pasukan profesional Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) tempatan FrostFire mengekalkan prestasi yang memberangsangkan dalam arena e-sukan itu apabila menjuarai Kejohanan MSI Grand League baru-baru ini.
Kapten FrostFire Aiman Azham berkata kemenangan yang diraih pada pusingan final menentang pasukan Singapura Vindicta itu agak di luar jangkaan.
“Kami bermula dengan laluan yang agak sukar apabila kami ketinggalan pada enam pusingan yang pertama berikutan masalah komunikasi yang dilihat sangat berterabur.
“Saya fikir keajaiban muncul pada separuh masa kedua apabila kami mula mendapat rentak kembali dan kembali menguasai permainan.
“Pada pusingan ke-27, mereka mendahului kami dengan 14 perlawanan. Ketika itu kami tidak mempunyai 'duit' yang cukup untuk membeli 'senjata'.
"Namun kesilapan banyak dilakukan dari pihak Vindicta dan kami gunakan kesempatan itu,” kata Aiman kepada Astro AWANI selepas selesai perlawanan tersebut.
Dalam kejohanan tersebut, FrostFire muncul juara selepas mengalahkan Vindicta yang berada di tempat kedua. Sementara itu, tempat ketiga kejohanan tersebut diisi pasukan Brunei, Goodfellas Gaming.
Selain Aiman, pasukan tersebut terdiri daripada Shamir “subbey” Aliff, Ahmad Khalish "d4v41” Rusyaidee, Mohammad Ashraf “acAp” Firdaus dan Azim “Chapman” Shaharudin.
CSGO merupakan permainan video menembak berbilang pemain yang dibangunkan Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation.
Pada Kejohanan Sukan Elektronik Dunia (WESG) tahun lalu, e-sukan ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM6.06 juta.
Mariah Ahmad
Sat Jul 14 2018

Pasukan Counter-Strike Global Offensive (CSGO) FrostFire terdiri daripada Aiman Azham , Shamir Aliff, Ahmad Khalish Rusyaidee, Mohammad Ashraf Firdaus dan Azim Shaharudin. - Foto Astro AWANI / Mariah Ahmad

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

CSGO: FrostFire mahu dominasi Asia Tenggara
Kapten Frostfire Aiman Azham berkata percaturan langkah perlu diatur dengan baik untuk mencapai sasaran tersebut.

CSGO: Bidikan FrostFire masih tepat
FrostFire mengalahkan pasukan Singapura Vindicta pada final MSI Grand League baru-baru ini.