SEREMBAN: Kesihatan 20 pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) merupakan keutamaan pasukan ketika ini meskipun terpaksa akur tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia musim ini gara-gara hampir keseluruhan pemain dijangkiti COVID-19, kata ketua jurulatih K. Devan.
Beliau berharap pemain serta pegawai yang dijangkiti wabak COVID-19 dapat segera pulih walaupun prestasi pasukannya berada dalam tahap terbaik semasa persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.
"Ketika ini semua pemain dan pegawai yang positif COVID-19 sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing, selain turut dipantau oleh petugas kesihatan.
"Keputusan tidak meneruskan saingan Piala Malaysia ini (dibuat) selepas mengambil kira tempoh pasca-COVID-19 yang memerlukan sekurang-kurangnya seminggu atau lebih untuk kembali kepada keadaan normal," katanya ketika dihubungi Bernama.
Devan berkata penularan jangkitan wabak itu dalam pasukan hasil ujian pengesanan RT-PCR pada 18 Oktober lepas susulan terdapat seorang pemain mengalami gejala demam.
Beliau berkata ujian itu dilakukan sehari selepas perlawanan persahabatan menentang Penang FC yang dibatalkan pada 17 Oktober.
"Saya sentiasa berkomunikasi dengan pemain untuk mengetahui keadaan kesihatan pemain dari semasa ke semasa dan setakat ini mereka hanya perlu kuarantin di rumah sahaja," katanya yang tidak dijangkiti wabak itu.
Media tempatan semalam melaporkan juara Liga Premier 2021 itu tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia selepas 20 pemain serta empat pegawainya disahkan positif COVID-19.
Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata tiga pasukan dalam Kumpulan C mendapat kemenangan percuma 3-0 selepas NSFC tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia susulan hampir seluruh pemain dijangkiti wabak berkenaan.
Katanya, keputusan itu diambil dengan merujuk kepada Bahagian 13: Pematuhan SOP Penganjuran Perlawanan Piala Malaysia 2021.
Turut berada dalam Kumpulan C adalah Kedah Darul Aman (KDA) FC memperoleh enam mata, Melaka United dan Kelantan United masing-masing akan memperoleh tiga mata percuma.
Dalam baki empat perlawanan peringkat kumpulan, NSFC dijadual bertemu Kedah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 29 Okt dan di Stadium Darul Aman, Alor Setar (2 Nov), Melaka United di Paroi (6 Nov) dan Kelantan United di Paroi (9 Nov).
Juara tiga kali itu yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2011 menduduki tempat ketiga Kumpulan C dengan tiga mata, selepas tewas 2-0 kepada Melaka United dan menang 1-0 ke atas Kelantan United.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Jurulatih K. Devan berharap pemain serta pegawai yang dijangkiti wabak COVID-19 dapat segera pulih. - Bernama
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
JDT belasah Negeri Sembilan, Terengganu kembali temui kemenangan
Pendahulu liga JDT terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super selepas mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC 4-0.
Kuching City nyaris sekat tiga mata JDT di laman sendiri
Skuad Harimau Selatan tampil dengan corak taktikal berbeza dan turut merehatkan beberapa pemain utama.
Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC
Katanya, akibat melakukan kesilapan kecil, Harimau Kumbang terlepas peluang memperoleh tiga mata berharga yang amat diperlukan ketika ini.
Liga Super: NSFC ikat Kedah 2-2
Selepas tiga kekalahan berturut-turut, akhirnya skuad bimbingan K Nanthakumar kembali bangkit untuk membawa pulang satu mata.
TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).
NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam
Pusat berkenaan menyediakan fasiliti terbaik kepada para pemain NSFC selain menjadi antara cabang perniagaan untuk kelab bola sepak itu.
Liga Super: KL City benam NSFC 3-0
Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.
Zaquan Adha sudah dipancing pihak tertentu
Dia memberi bayangan tidak akan berpeluk tubuh sahaja, sebaliknya sudah mengikat perjanjian dengan pihak tertentu.
Padang becak bantu Negeri Sembilan benam Kelantan United 4-0
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama sejam setengah berikutan air bertakung di atas permukaan padang susulan hujan lebat.