Datuk Lee Chong Wei mula mengorak langkah kanan untuk mengakhiri kemarau gelaran juara dunia apabila mengesahkan slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di sini, Jumaat.
Pada saingan suku akhir, jaguh negara itu kelihatan tenang apabila mempamerkan corak menyerang dan bertahan yang baik untuk menyingkirkan pilihan keenam Wang Zhengming dari China 21-8 dan 21-11.
Seperti diramalkan, Chong Wei langsung tidak tercabar apabila Zhengming nyata gagal mengimbangi aksi kemas yang dipamerkan oleh pemain nombor satu dunia itu dalam pertarungan selama 39 minit.
Pencapaian tersebut membolehkan Chong Wei melebarkan rekod kemenangan kepada 12-0 ke atas pemain ranking keenam dunia dari China itu.
Chong Wei, selaku pemain nombor satu dunia, dijadualkan berdepan bintang muda tuan rumah, Viktor Axelsen pada saingan separuh akhir pada Sabtu selepas pilihan ke-14 kejohanan itu mengalahkan pemain meningkat naik dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-14 dan 21-14 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Sebagai rekod, Chong Wei menang kesemua lima pertemuan dengan Axelsen, pemain berusia 20 tahun yang menduduki ranking ke-16 dunia.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan, Chong Wei berkata beliau tidak menyangka dapat mengalahkan Zhengming dengan mudah.
Beliau menegaskan tidak mahu terburu-buru memikirkan mengenai slot ke final tetapi lebih fokus mengenai persediaan diri sendiri.
"Saya juga agak terkejut dengan banyak kejutan berlaku dalam kejohanan kali ini. Lawan saya pada separuh akhir juga bukan mudah.
"Jangan fikir (pilihan ketiga), Jan O Jorgensen dari Denmark sudah menarik diri, peluang saya ke final terbuka luas. Saya tetap anggap semua lawan yang saya hadapi juga agak kuat," kata Chong Wei.
Anak jati Pulau Pinang itu turut mengharapkan agar peminat badminton negara supaya terus mendoakan supaya beliau dapat meneruskan cabaran sehingga ke aksi final selepas kempunan pada edisi 2011 di England dan 2013 di China.
Dalam pada itu, jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock berpuas hati dengan persembahan luar biasa yang dipamerkan Chong Wei ke atas Zhengming.
Beliau bagaimanapun mengingatkan Chong Wei supaya tidak memandang mudah cabaran seterusnya berdepan Axelsen walaupun ramai pihak menganggap jaguh negara itu berpeluang cerah ke final.
"Saya juga agak terkejut dengan persembahan Chong Wei pada aksi suku akhir hari ini dan saya nampak semangat dan momentum pun bagus...Beliau juga nampak yakin dengan permainannya.
"Kita tidak boleh cakap laluan Chong Wei ke final mudah kerana kita tidak tahu semangat (melawan) Axelsen itu macam mana...Kalau beliau (Axelsen) jumpa Chong Wei, saya pasti semangat beliau pastinya berbeza," kata Tey.
Meskipun bergelar pemain nombor satu dunia, Chong Wei, 31, masih belum memenangi gelaran juara pada kejohanan dunia selain pingat emas Sukan Olimpik.
Dalam pada itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, pemain pilihan kedua, Chen Long dari China akan menentang pilihan kelima Tommy Sugiarto dari Indonesia.
Chen Long bagaimanapun dipaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Son Wan Ho 21-14, 12-21, 21-17 manakala Tommy pula menjinakkan wakil Belanda, Eric Pang 22-20 dan 21-19 dalam satu lagi saingan suku akhir.
Bernama
Sat Aug 30 2014

Chong Wei tempah slot separuh akhir Kejohanan Dunia 2014

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Chong Wei tempah slot separuh akhir Kejohanan Dunia 2014
Lee Chong Wei mengesahkan slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di sini, Jumaat.

Chong Wei pamer semangat juang tinggi, teruskan kemaraan
Lee Chong Wei mempamerkan aksi kelas tersendiri pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di sini.