PUTRAJAYA: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei dianggap sebagai calon terbaik, bagi mengisi kekosongan jawatan pengarah kejurulatihan perseorangan persatuan badminton Malaysia (BAM) yang ditinggalkan Wong Choong Hann.
Pandangan itu dilontarkan bekas pemain beregu negara Tan Boon Heong, yang merasakan bekas pemain nombor satu dunia itu sudah membuktikan kemampuannya, sehingga menerima pengiktirafan Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF), baru-baru ini.
"Calon paling sesuai pastinya Chong Wei, jadi harap dia (Chong Wei) akan masuk dan tolong pasukan kebangsaan.
"Saya rasa ia bukan keputusan teruk untuk menggantikan jurulatih baharu, sebab Choong Hann sudah berada dalam BAM lima tahun. Choong Hann sudah hasilkan keputusan yang baik, namun masih ada ruang untuk baiki kelemahan," katanya selepas pelancaran Kejohanan Badminton 3v3 Profesional Pertama di Malaysia di sini hari ini.
Diminta memberi bayangan sama ada BAM sudah mempunyai senarai nama yang layak dipilih sebagai jurulatih baharu, Boon Heong yang merupakan antara ahli panel penasihat teknikal BAM berkata: "Jangan risau mesti ada pengganti tetapi saya tidak boleh cakap."
Pemenang dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi itu, bagaimanapun berharap siapa pun yang dipilih sebagai jurulatih perseorangan baharu di bawah badan induk badminton negara itu, mampu melahirkan lebih ramai jaguh dunia.
Terdahulu, BAM mengumumkan akan memulakan proses mencari pengganti Choong Hann yang membuat keputusan meletak jawatannya sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan BAM.
Namun, proses itu mengambil masa dan badan induk tersebut hanya akan membuat pengumuman rasmi selepas ia dimuktamadkan.
Menerusi laporan media sebelum ini, dimaklumkan Choong Hann, 46, menghantar surat peletakan jawatannya pada minggu lepas, sekali gus menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun bersama BAM.
Kerjaya beliau di BAM bermula sebagai pengarah kejurulatihan kebangsaan pada November 2018 sebelum beralih sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023

Bekas pemain nombor satu dunia itu sudah membuktikan kemampuannya, sehingga menerima pengiktirafan Dewan Kemasyhuran BWF, baru-baru ini. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
10 Berita Pilihan - (17 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 18 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan
Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri selesai rakam keterangan lebih 6 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wanita dakwa kerugian RM60,000, barang kemas dicuri
Seorang wanita mendakwa kerugian kira-kira RM60,000 selepas barang kemasnya dipercayai dicuri oleh pekerja yang sedang membuat pengubahsuaian rumahnya di Taman Laman Puteri, Nilai di sini.

Azam Baki dilantik Profesor Adjung ARI UiTM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilantik sebagai Profesor Adjung di Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing kukuhkan hubungan diplomatik Malaysia
Pelaksanaan Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 dapat mempromosi dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara asing lain.

Ex Kurung: Persediaan hadapi serangan pengganas
Institusi pendidikan dipilih sebagai lokasi latihan pengurusan dan pengendalian krisis oleh pasukan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) kerana berpotensi sebagai tempat serangan pengganas.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pearly berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.