Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi akan berhadapan cabaran getir apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia, K.Srikanth pada saingan suku akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China, esok.
Pada aksi pusingan kedua hari ini, Chong Wei yang pernah menjuarai kejohanan itu pada 2006 dan 2016, terpaksa mengambil masa sejam sebelum mengalahkan pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, 16-21, 21-9 dan 21-11.
Chong Wei yang kini berada di ranking ketujuh dunia perlu bekerja keras untuk mara ke saingan seterusnya jika dilihat kepada prestasinya menentang pemain nombor satu dunia itu pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, baru-baru ini.
Pada aksi di Gold Coast, Chong Wei tewas kepada Srikanth dalam acara berpasukan campuran sebelum berjaya membalas dendam ke atas pemain berusia 25 tahun itu untuk meraih pingat emas kategori perseorangan lelaki.
Dalam pada itu, turut melangkah ke suku akhir ialah beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong selepas mencatat kemenangan ke atas beregu Indonesia, Berry Angriawan-Hardianto 21-16 dan 21-18 untuk bertemu beregu pilihan ketiga dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.
Bagaimanapun, dua pasangan beregu negara mengalami nasib berbeza apabila beregu wanita, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi dan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepad lawan masing-masing pada pusingan kedua.
Fie Cho-Jing Yi tumpas kepada beregu China, Du Yue-Li Yinhui 18-21 dan 10-21 manakala Soon Huat-Shevon terpaksa akur dengan kekalahan 16-21 dan 24-26 kepada beregu Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Debby Susanto.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 26 2018
Lee Chong Wei bersama pingat emasnya selepas menewaskan K Srikanth di Carrara Sports and Leisure Centre sempena Sukan Komanwel, 15 April, 2018. - fotoBERNAMA / Fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.