CHELSEA telah diberitahu keputusan tidak diberikan sepakan penalti ketika seri tanpa jaringan dengan Manchester United bulan lalu adalah keputusan yang salah, perkara itu didedahkan Frank Lampard.

Cesar Azpilicueta dihalang oleh Harry Maguire ketika usaha untuk menanduk hantaran pemain Chelsea dalam separuh masa pertama di Old Trafford tetapi pengadil perlawanan, Martin Atkinson, tidak memberikan sepakan penalti dan keputusan VAR tidak memberikannya juga.

Chelsea bernasib baik dengan kemenangan 3-0 ke atas Rennes Rabu lalu, selepas Dalbert dilayangkan kad kuning kedua selepas bola terkena tangan.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, 27 daripada 68 perlawanan yang dipertandingkan (39.7 peratus) telah menyaksikan satu penalti diberikan. Ia meningkat dengan ketara berbanding 23 peratus bagi musim 2019-20 dan 14 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2009-10 (25.3 peratus).

Liga Perdana menggunakan tafsiran berbeza mengenai peraturan bola terkena tangan bagi saingan Liga Juara-Juara dan Lampard ingin melihat keputusan yang diambil pengadil lebih tepat.

"Saya rasa peraturan bola terkena tangan yang diubah dalam Liga Perdana belum diselaraskan dalam saingan Liga Juara-Juara," kata Lampard.

"Ini adalah peraturan yang tidak disukai oleh semua orang yang bermain, menonton atau menyokong bola sepak. Saya tidak dapat mengembalikannya pertengahan minggu apabila ia memberi kami penalti dan kad merah [ke atas Rennes] kerana rasanya tidak betul. Saya fikir perkara itu mesti dilihat di Eropah daripada segi bagaimana kita boleh maju.

"Saya mengatakannya selepas permainan, keputusan tidak memihak kami ketika bertemu Man United.

"Kami telah menanyakan sebab-sebab keputusan itu, kami diberitahu bahawa ia adalah penalti. VAR tidak mengambil masa untuk melihat perkara itu dan ia telah menghukumkan dua mata berharga."


Reece James tersenarai dalam skuad England untuk aksi persahatan berdepan Republic of Ireland dan perlawanan Liga Negara-Negara berdepan Belgium dan Iceland.

Pertahanan kanan Chelsea itu telah dilayangkan kad merah ketika aksi Liga Negara-Negara sebelum ini berdepan Denmark.

Lampard tidak memilik sebarang masalah pemain beraksi di peringkat antarabangsa tetapi mendedahkan James akan kembali ke Chelsea selepas perlawanan pertama England.

"Saya bangga bahawa pemain dipanggil untuk negara mereka. Saya tidak akan mahu mengambil peluang itu daripada mereka, Saya fikir ia adalah sebahagian daripada menjadi pemain berada di tahap tertinggi," kata Lampard.