UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Tumpuan Isnin – 30 Disember 2024

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sun Dec 29 2024

Tumpuan Isnin – 30 Disember 2024

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pantau Agenda Reformasi: Mengekang pertelagahan & penyebaran fitnah media sosial

Pantau Agenda Reformasi: Mengekang pertelagahan & penyebaran fitnah media sosial

Diskusi titah Sultan Selangor. Bagaimana mengekang pertelagahan dalam kalangan pemimpin & penyebaran fitnah di media sosial.
Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM.
Orang ramai sambut baik di kawasan terbaharu

Orang ramai sambut baik di kawasan terbaharu

Orang ramai, termasuk perokok berpendirian positif berhubung keputusan kerajaan menjadikan premis dobi dan bangunan tempat kerja sebagai kawasan terbaru larangan merokok bermula 1 Januari.
TikTok, Wechat platform pertama terima lesen penyedia

TikTok, Wechat platform pertama terima lesen penyedia

Syarikat induk platform media sosial TikTok, Bytedance dan Tencent bagi Wechat menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan beroperasi di negara ini.
Pasangan kekasih ditahan bersama lebih 14kg dadah

Pasangan kekasih ditahan bersama lebih 14kg dadah

Pasangan kekasih ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah lebih 14 kilogram bernilai RM2.4 juta dalam dua serbuan berasingan pada 28 Disember lalu.
Peguam kemuka saman terhadap kerajaan

Peguam kemuka saman terhadap kerajaan

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung larangan merokok di kawasan pejabat termasuk milik swasta yang dibuat kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan, bermula 1 Januari 2025.
AWANI Ringkas: Siasat pekerja Puspakom

AWANI Ringkas: Siasat pekerja Puspakom

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas Presiden Yoon fail injunksi, gantung waran tangkap

Bekas Presiden Yoon fail injunksi, gantung waran tangkap

Pasukan pembelaan Presiden Yoon Suk Yeol memfailkan injunksi pada Selasa untuk menggantung pelaksanaan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap presiden yang didakwa atas pengisytiharan undang-undang tentera, menyifatkan waran itu "menyalahi undang-undang," lapor agensi berita Yonhap.

Lebih 140 cubaan PBB ke Utara Gaza disekat oleh Israel

Lebih 140 cubaan PBB ke Utara Gaza disekat oleh Israel

Lebih 140 cubaan pasukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk masuk ke utara Gaza sejak dua bulan lalu dinafikan oleh rejim haram Israel.
Junta Myanmar berjanji anjurkan pilihan raya yang bebas

Junta Myanmar berjanji anjurkan pilihan raya yang bebas

Pemimpin Junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing menerusi amanat tahun baharu 2025, berjanji untuk menganjurkan pilihan raya yang bebas dan adil bagi negara itu.
Populasi penduduk Myanmar catat penurunan pada 2024

Populasi penduduk Myanmar catat penurunan pada 2024

Jumlah populasi di Myanmar mencatatkan sedikit penurunan kepada 51.3 juta orang pada 2024 berbanding bancian terakhir pada 2014 yang merekodkan 51.5 juta orang.
Geopolitik 2025: Bersedia hadapi kelicikan Trump

Geopolitik 2025: Bersedia hadapi kelicikan Trump

Dr Muhamad Azwan berkata, negara-negara terlibat perlu memikirkan solusi jika ancaman tarif yang disebut Trump benar-benar dilaksanakan.
Pengkelasan B40, M40, T20 tidak cermin realiti sebenar isi rumah

Pengkelasan B40, M40, T20 tidak cermin realiti sebenar isi rumah

Pengkelasan B40, M40 dan T20 yang hampir 15 tahun digunakan kerajaan tidak mencerminkan realiti sebenar ekonomi isi rumah di Malaysia.

Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendedahkan, terdapat penyimpangan ketara daripada klasifikasi itu dan ia perlu diperinci dengan pengkelasan baharu iaitu B20, M50 dan T30.
SPRM serah dulu kepada JPJ

SPRM serah dulu kepada JPJ

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiada masalah untuk
menyerahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjalankan siasatan terhadap kenderaan yang tidak mematuhi standard tetapi diluluskan pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (PUSPAKOM).
JAWI selesai ambil keterangan semua individu berzikir di kubur - Mohd Na'im

JAWI selesai ambil keterangan semua individu berzikir di kubur - Mohd Na'im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selesai mengambil keterangan semua individu yang berhimpun dan melakukan zikir secara pelik serta kuat di sebuah tanah perkuburan Islam di Setapak, baru-baru ini.
Kesemua 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air dikenal pasti

Kesemua 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air dikenal pasti

Pihak berkuasa Korea Selatan selesai mengenal pasti kesemua 179 mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat Jeju Air.