Kapal itu memulakan pelayaran sulungnya pada 1 Januari dan mendapat sambutan hangat daripada pelancong, merangkumi 40 peratus pasaran pelayaran antarabangsa China pada 2024.
Lebih 3,000 penumpang menaiki kapal yang berlabuh di Shanghai Wusongkou International Cruise Terminal pada Ahad untuk pelayaran Tahun Baharu selama enam hari.
Kapal persiaran sepanjang 323.6 meter itu mempunyai jumlah berat kasar 135,500 tan dan boleh memuatkan sehingga 5,246 penumpang di 2,125 bilik tetamu.
Lebih 1,000 pengilang domestik dan asing terlibat dalam pembinaan Adora Magic City.
Sementara itu, kapal persiaran mega kedua buatan tempatan dijangka siap pada akhir 2026 dan akan memulakan pelayaran antarabangsa dari Guangzhou pada 2027.
-- BERNAMA