KUALA LUMPUR: Skuad muda negara meraih pingat kelima pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-21, apabila Muhammad Hariz Adlan Azman menghadiahkan gangsa dalam acara All Event lelaki di Bangkok, Thailand hari ini.
Atlet berusia 19 tahun itu memenangi pingat tersebut selepas mengumpul keseluruhan 3,794 jatuhan pin, untuk berada di kedudukan ketiga di belakang wakil Thailand Vilinkorin Kiedkaew yang meraih emas dengan 3,880 jatuhan pin, manakala perak milik Lan Shao Kang dari Taiwan (3,828).
Sementara itu, Tsen Fan Yew, Muhammad Danial Abu Samah dan Syabil Azam Syamsul Azam, gagal menyerlah dalam acara berkenaan apabila terpaksa berpuas hati di tempat ketujuh, ke-15 dan ke-30, selepas masing-masing melakukan 3,723, 3,635 dan 3,478 jatuhan pin.
Pada Jumaat, Muhammad Hariz meraih pingat perak acara individu lelaki, sebelum bergandingan dengan Tsen Fan Yew untuk turut merangkul perak acara beregu lelaki, sehari kemudian.
Satu lagi pasangan negara Muhammad Danial Abu Samah-Syabil Azam Syamsul Azam meraih gangsa dalam acara beregu lelaki.
Bagi acara All Event wanita yang turut berlangsung hari ini, Anis Hannani Romzi menjadi pemain terbaik negara selepas menduduki tempat kelima dengan 3,630 jatuhan pin.
Atlet Korea Selatan Choi Yurin meraih emas apabila melakukan 3,798 jatuhan pin, manakala tempat kedua dimenangi rakan senegaranya Oh Hyunji (3,704) sementara atlet Singapura Arianne Tay mengutip gangsa (3,635).
Pada Sabtu, Malaysia merangkul emas pertama pada kejohanan itu dalam acara beregu wanita menerusi gandingan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam dan Anis Hannani Romzi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Atlet berusia 19 tahun itu memenangi pingat tersebut selepas mengumpul keseluruhan 3,794 jatuhan pin. - Gambar FB Bowling Malaysia

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Boling Remaja Asia: Muhammad Hariz sumbang gangsa 'All Event' lelaki
Skuad muda negara meraih pingat kelima pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-21, apabila Muhammad Hariz Adlan Azman menghadiahkan gangsa dalam acara All Event lelaki di Bangkok.