BEKAS pemain antarabangsa England, Ben Foster, 'menggantung sarung tangannya' buat kali kedua.
Bekas penjaga gol Watford dan Manchester United tersebut sudah bersara pada September 2022 sebelum menamatkan persaraan sementaranya itu dengan menandatangani kontrak bersama Wrexham pada Mac lalu.
Foster menyelamatkan sepakan penalti dalam masa kecederaan ketika menentang pencabar utama, Notts County, pada bulan berikutnya sebelum Wrexham mengesahkan langkah promosi ke Liga Dua, April lalu dan dia kini memutuskan untuk melepaskan kariernya berikutan permulaan yang sukar sempena kempen baru.
Dia diangkat sebagai wira di kelab Wales itu atas ketangkasannya dalam kemenangan 3-2 ke atas Notts County sebelum bersetuju untuk kekal memperkuatkan kelab yang dimiliki oleh Ryan Reynolds dan Rob McElhenney itu dengan merancang untuk membawa Wrexham terus mendaki divisyen dengan mengikat perjanjian baru selama setahun pada Jun lalu.
Namun, Foster berdepan situasi dalam Liga Dua dengan melepaskan lima gol kepada MK Dons pada hari pembukaan Wrexham sebelum keputusan seri 5-5 dengan Swindon, hujung minggu lalu.
Pemain berusia 40 tahun itu kemudian mengesahkan persaraannya dan memberitahu laman sesawang rasmi kelab: “Sejujurnya, persembahan saya musim ini tidak mencapai tahap yang saya harapkan dan saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk bersara.
“Keputusan ini bukan sahaja yang terbaik untuk saya malah juga kelab dan keputusan ini juga memberi peluang kepada kelab untuk mencari pengganti saya tingkap jendelan perpindahan ditutup.
"Wrexham akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati saya." - Stadium Astro
Astro Arena
Tue Aug 22 2023
Foster memutuskan untuk melepaskan kariernya berikutan permulaan yang sukar sempena kempen baru. - Foto REUTERS
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Bersara: Ben Foster batal kontrak di Wrexham
Pemain berusia 40 tahun itu kemudian mengesahkan persaraannya selepas persembahannya tidak mencapai tahap yang diharapkan.
Shane Long catat rekod baharu jaringan gol terpantas di EPL
Shane Long hanya memerlukan 7.69 saat untuk menjaringkan gol pertama Southampton, namun perlawanan berakhir seri 1-1.
Alec Baldwin mahu saman Shia Labeouf
Alec Baldwin tetap dengan pendiriannya menafikan dakwaan menjadi dalang pemecatan Shia Labeouf dari pementasan Orphans.