PETALING JAYA: Sukan elektronik atau e-sukan akan tetap mendapat peruntukan sewajarnya dalam Belanjawan 2022 yang dibentang pada hujung bulan ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata peruntukan bagi e-sukan, yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda, tidaklah terlalu besar.
"Ada tetapi bukan terlalu besar kerana seperti yang kita tahu, kerajaan memberi fokus kepada penjanaan ekonomi pasca COVID-19. Kita tahu banyak peluang pekerjaan terjejas dan fokus kerajaan kepada itu tetapi kita tidak akan meninggalkan perkara baik seperti e-sukan yang perlu kita kembangkan.
"Saya tidak kata ia bertambah atau berkurang tetapi apa yang pasti, kita memberi penumpuan kepada perkembangan sukan ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Mobile Legends Pro League (MPL) Malaysia Musim Ke-8 di sini hari ini.
Belanjawan 2021 menyaksikan e-sukan mendapat peruntukan sebanyak RM15 juta dan ini adalah tahun ketiga pembangunan sukan digital itu diberi perhatian dalam pembentangan belanjawan.
Untuk rekod, kerajaan memperuntuk dana sebanyak RM20 juta kepada e-sukan melalui Belanjawan 2020 dan RM10 juta dalam Belanjawan 2019.
Ahmad Faizal juga berkata e-sukan mampu berkembang sendiri namun kerajaan tetap perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan kepada sektor itu bagi mengembangkan lagi potensinya sekali gus menjana pendapatan buat negara.
Beliau memberi jaminan Kementerian Belia dan Sukan akan terus menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan perkembangan e-sukan negara dipelihara.
"Ia tidak boleh kita halang perkembangannya, ia berlaku di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia dan kehangatan ini kita perlu pupuk, bukannya kita kekang agar para peminat sukan ini dapat menggunakannya ke arah kebaikan, bukan ke arah negatif.
"Bagi anak muda yang meminati e-sukan, ia boleh menjana pendapatan yang begitu besar merentasi latar belakang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (duduk) sedang mencuba permainan e-sukan pada Majlis Penutup Mobile Legends Pro League (MPL) Malaysia Season 8 di Tropicana Gardens Mall hari ini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Skuad Piala Dunia Maghribi jadi inspirasi pasukan Haq di MLBB M4 Jakarta
Kehebatan Maghribi di Piala Dunia 2022 menjadi inspirasi buat skuad sukan elektronik, Haq untuk mencipta kejutan pada Kejuaraan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M4, bermula 1 hingga 15 Jan ini.

Garis panduan sukan elektronik dilancar tahun ini - KBS
Garis panduan berkenaan sedang dirangka dengan kerjasama agensi dan kementerian berkaitan termasuk pemain dan pasukan profesional.

Final MEC: 22 pasukan berentap rebut RM100,000
Perlawanan tersebut akan berlangsung secara dalam talian dan 'offline' di pusat beli-belah KL Gateway pada Sabtu dan Ahad ini.

Bajet 2022: RM20 juta bukti kerajaan cakna pembangunan e-sukan
Menurut ESKL, peruntukan itu dapat memanfaatkan usaha pembangunan e-sukan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.

Belanjawan 2022: e-sukan tidak dilupakan - Faizal Azumu
Sukan elektronik atau e-sukan akan tetap mendapat peruntukan sewajarnya dalam Belanjawan 2022 yang dibentang pada hujung bulan ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Potensi, ekonomi e-sukan tidak boleh dipandang enteng - Reezal Merican
Perkembangan e-sukan negara tidak sewajarnya dipandang rendah kerana persekitarannya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mampu menjana ekonomi anak-anak muda di negara ini.

PKP: Esports KL FIFA20 tawar hadiah terkumpul RM5,000
Kejohanan ini diharapkan mampu mengisi masa terluang peminat esports terutamanya FIFA20.

Bawa pulang pingat, ubah persepsi buruk terhadap e-sukan - Syed Saddiq
Beliau mahu atlet e-sukan menangkis persepsi sesetengah pihak yang menganggap permainan elektronik tidak berfaedah dan membuang masa, dengan pulang membawa kejayaan dari Filipina.

Keputusan e-sukan dalam Sukan SEA 2019 diketahui 28 November
Setakat ini, sebanyak 56 jenis sukan sudah berada dalam senarai awal untuk dipertandingkan di pentas Sukan SEA 2019, termasuk e-sukan.

E-sukan, e-sukan atau esukan?
Kata nama 'E-sukan', 'e-sukan' atau 'esukan' kadang-kala menyebabkan kekeliruan dalam penulisan berita sukan elektronik di Malaysia.