SHAH ALAM: Skuad lelaki kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dengan bergaya selepas mudah mengecewakan Brunei, 5-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong hanya mengambil 23 minit untuk memberi mata pertama dengan menyingkirkan Kan Kah Kit dalam permainan straight set 21-7 dan 21-11.
Kegembiraan pasukan negara diteruskan pemain perseorangan negara Leong Jun Hao yang menampilkan aksi berbisa menumpaskan Marhanif Ali, 21-5 dan 21-6.
Malaysia meneruskan aksi 'pemanas badan' dengan mata ketiga disumbangkan oleh pemain perseorangan Eogene Ewe yang mengatasi Mattew Minggat 21-8 dan 21-4 dalam 23 minit.
Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan berkenaan juga tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Marhanif Ali-Haziq Rose 21-5 dan 21-12, sebelum Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani menoktahkan kemenangan menentang Mattew Minggat-Mohamad Iqbal Asyraf 21-9 dan 21-7.
Sementara itu, Tze Yong yang ditemui pemberita selepas perlawanan mengakui kejohanan dwitahunan itu amat penting baginya mengetahui kondisi terkini kecederaan belakang yang dialami pada Terbuka Malaysia Januari lepas.
"Gembira (kembali ke gelanggang), saya rasa ini perlawanan pertama (perlawanan penuh) untuk saya tahun ini. Saya fikir ia baik namun masih ada rasa sakit sedikit, jadi akan bincang dengan jurulatih. Sekarang ini saya rasa sekitar 60 hingga 70 peratus keadaan semasa.
"Masa cedera dulu memang rasa sedikit hampa kerana saya telah berlatih berbulan-bulan untuk mempamerkan kepada anda apa yang saya telah berlatih," katanya.
Tze Yong sebelum ini terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia ketika ketinggalan 8-12 dalam set pertama menentang Koki Watanabe dari Jepun pada Januari.
Malaysia yang turun sebagai juara bertahan Kumpulan B akan bertemu Kazakhstan esok dan Taiwan (15 Feb).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
![BATC 2024: Skuad lelaki mudah tumpaskan Brunei BATC 2024: Skuad lelaki mudah tumpaskan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707831587_TBNgTzeYong.jpg)
Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong semasa beraksi menentang pemain Brunei Kah Kit Kan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini. - Foto BERNAMA
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024 Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708694658_beregu.jpg)
Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
![Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708077923_TBPETRONASMALAYSI.jpg)
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
!['Bawa nama negara itu jauh lebih penting' 'Bawa nama negara itu jauh lebih penting'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708649657_KentoMomota.jpg)
'Bawa nama negara itu jauh lebih penting'
Kehadiran pemain muda tidak menghalang pemain kidal berusia 29 tahun ini untuk berbakti kepada bumi Jepun.
![Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702705100_TBNorzaZakaria.jpg)
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
![BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708320191_PresidenMajlisOlim.jpg)
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
![Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024 Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708319592_LeongJunHao.jpg)
Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024
Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.
![Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024 Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708248479_TBJUNHAO.jpg)
Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024
Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada BATC di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
![BATC 2024: Hasrat Malaysia pertahan gelaran tidak kesampaian, tewas 0-3 kepada China BATC 2024: Hasrat Malaysia pertahan gelaran tidak kesampaian, tewas 0-3 kepada China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705790789_TBbadminton.jpg)
BATC 2024: Hasrat Malaysia pertahan gelaran tidak kesampaian, tewas 0-3 kepada China
Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran BATC tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final.
![SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708236572_LeeZiiJia.jpg)
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.