ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.
1. Imigresen gempur penempatan haram, tahan 132 pendatang asing
Jabatan Imigresen Malaysia menahan 132 pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah perkampungan haram di kawasan ladang kelapa sawit di Setia Alam, dekat Shah Alam, awal pagi tadi.
2. Saya bukan individu yang didakwa di mahkamah tuduhan salah guna kuasa - Abu Bakar Abdul
Bekas Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd Datuk Abu Bakar Abdul menafikan beliau merupakan individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat lalu atas satu pertuduhan salah guna kuasa.
3. Malaysia masih pertimbangkan cadangan Singapura untuk beli dua bidang tanah miliknya di Woodlands
Cadangan Singapura untuk membeli dua bidang tanah milik Malaysia untuk tujuan pembangunan semula Pintu Masuk Woodlands (WCP) masih dalam perbincangan oleh pihak berkuasa Malaysia.
4. Raghad lapor polis, pertimbang ambil tindakan undang-undang
Isteri Tun Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis menyangkal dakwaan bekas Yang di-Pertua Sarawak itu, dilarikan dari sebuah pusat perubatan di Kuching, sebelum ini.
5. PM Anwar minta MAIWP selaras bantuan zakat bersama agensi lain
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan perlu menyelaras penyampaian bantuan zakat bersama agensi lain bagi memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan, mendapat manfaat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6. RUU 355 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Mohd Na'im
Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.
7. Bekas Naib Canselor UPSI Zakaria Kasa meninggal dunia akibat sakit jantung
Allahyarham yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya daripada tuduhan salah guna kuasa pada Khamis lepas meninggal dunia hari ini.
8. "Mimpi anak-anak datang peluk" - Nadir Al-Nuri kongsi keadaan keluarga di Rafah
Hati siapa yang tidak risau mengenangkan nasib keluarga yang jauh berada di Gaza dan berdepan serangan berterusan daripada rejim Israel.
9. Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
Humanitarian Care Malaysia (MyCare) berharap kepercayaan dan komitmen masyarakat untuk membantu masyarakat yang terjejas khususnya di Palestin, tidak terhakis susulan laporan melibatkan tiga pemimpin badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disenaraikan dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
10. BATC 2024: Hasrat Malaysia pertahan gelaran tidak kesampaian, tewas 0-3 kepada China
Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Astro Awani
Sun Feb 18 2024

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.