KUALA LUMPUR: Keresahan disuarakan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 mempunyai asas tersendiri namun ia tidak menggambarkan keseluruhan prestasi pasukan negara ketika ini.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ini kerana badan induk itu sentiasa melipatgandakan usaha mempersiapkan skuad negara mengharungi saingan Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau berkata adalah mustahil untuknya melakukan perubahan gerak kerja BAM dalam masa terdekat ini memandangkan berbaki kurang beberapa bulan sahaja lagi sebelum temasya berprestij itu membuka tirai pada 26 Julai depan.
"Saya sudah bercakap dengan Chong Wei semalam dan seperti biasa ia luahan perasaan beliau terhadap pemain kita. Saya kata kepada Chong Wei (sebenarnya itu) merupakan keresahan semua pihak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Namun beliau berkata seperti komennya sebelum ini, keputusan BATC bukanlah terlalu mengecewakan apabila meraih naib juara (pasukan lelaki) selain pemain dibelenggu kecederaan (di luar jangkaan).
Mohamad Norza berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan Chong Wei yang juga merupakan ahli jawatankuasa program Road to Gold (RTG) dan pengurus pasukan skuad badminton ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Malah beliau melahirkan harapan agar pemenang tiga pingat perak Olimpik itu mampu berkhidmat sepenuh masa untuk berkongsi kemahiran serta membimbing skuad negara yang bernaung di badan induk itu pada masa hadapan.
"Kami sentiasa berhubung kerana dia sebahagian daripada RTG dan terbabit dalam perbincangan kita untuk mempersiapkan pasukan badminton ke Olimpik. Mungkin, apa yang beliau tidak nampak (masa sekarang) ialah ramai pelapis (dalam pasukan).
"...tapi apapun keputusan, kami berharap mungkin selepas Olimpik (Paris 2024) dia boleh masuk ke dalam BAM. Kami ambil maklum balas yang baik daripada Chong Wei tapi tak boleh cakap dekat luar sahaja," katanya.
Beliau berkata komitmen ditunjukkan Chong Wei untuk "mengangkat" sukan badminton di negara ini perlu dibanggakan apabila beliau merupakan pakar yang telah menyumbang tenaga selama 19 tahun dengan pelbagai pencapaian di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
"Saya terima dengan hati terbuka kerana Chong Wei merupakan autoriti yang boleh bercakap tentang perkara ini. Kalau orang yang tiada kena-mengena memang saya resah tapi ini autoriti," katanya.
Media tempatan semalam melaporkan Chong Wei berputus asa dengan sukan badminton di Malaysia dan memberi amaran bahawa perubahan drastik diperlukan untuk menyelamatkan sukan itu di negara ini.
Pada BATC 2024 menyaksikan hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan kejuaraan tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada China pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Dua tonggak perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan dalam kejohanan berkenaan kerana difahamkan masing-masing mengalami kesukaran bernafas akibat resdung dan kecederaan belakang.
Skuad wanita pula terkandas pada aksi suku akhir kepada penyandang gelaran, Indonesia 0-3.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024

Mohamad Norza berkata, BAM sentiasa melipatgandakan usaha mempersiapkan skuad negara mengharungi saingan Sukan Olimpik Paris 2024. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.

Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.

BATC: Hao Nan-Wei Han sukarkan peluang Malaysia pertahan kejuaraan
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam perlawanan kedua.

Skuad wanita India juarai BATC 2024
Pasukan wanita India menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menundukkan Thailand 3-2 pada aksi final.

BATC: Jun Hao tersungkur di tangan Hong Yang
Leong Jun Hao gagal butirkan mata pertama buat kem negara selepas akur tewas kepada perseorangan China, Weng Hong Yang.

Malaysia selangkah pertahan kejuaraan BATC selepas tewaskan Jepun
Lee Zii Jia memulakan kempen negara dengan baik apabila menyumbang mata pertama dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto, 21-18,21-15.

Pasukan wanita India, Thailand bertemu di final BATC 2024
Percaturan pasukan wanita India untuk mempertaruhkan pemain sensasi remaja Anmol Kharb pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 nyata berbaloi, apabila juara kebangsaan

SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

SELBATC: Dominasi Zii Jia berikan mata pertama Malaysia
Lee Zii Jia, memberikan mata pertama buat Malaysia dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC).

Lee Zii Jia alami masalah pernafasan
Ketiadaan Lee Zii Jia dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024, kerana berdepan masalah pernafasan.