SHAH ALAM: Pasukan wanita India menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menundukkan Thailand 3-2 pada aksi final yang sengit di Pusat Konvesyen Setia City di sini hari ini.
Pemain perseorangan Pusarla V. Sindhu memulakan kempen perlawanan dengan cemerlang apabila hanya memerlukan 39 minit untuk menumpaskan Supanida Katethong 21-12 dan 21-12.
Bagaimanapun pasangan Tressa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela yang menewaskan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai pada set pertama dengan 21-16 terpaksa berhempas pulas dalam perlawanan yang diseret ke set penentuan selepas tewas di set kedua 18-21 dan memenanginya dengan keputusan 21-16.
Kehadiran pemain perseorangan Thailand Busanan Ongbamrungphan ternyata mengancam kedudukan kukuh pasukan India apabila pemain ranking ke-18 dunia itu menewaskan Ashmita Chaliha 21-11 dan 21-14 sebelum beregu wanita India, Priya Konjengbam-Shruti Mishra turut ditumpaskan pasangan adik-beradik Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 11-21 dan 9-21.
Manakala pemain remaja Anmol Kharb (ke-472 dunia) sekali lagi muncul hero buat India untuk menunjukkan aksi menakjubkan sekali gus menewaskan Pornpicha Choeikeewong 21-14 dan 21-9.
Bernama
Sun Feb 18 2024

Pasukan badminton wanita India meraikan kejayaan apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 hari ini. - Foto Bernama

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Skuad wanita India juarai BATC 2024
Pasukan wanita India menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menundukkan Thailand 3-2 pada aksi final.