SHAH ALAM: Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Malaysia yang menggunakan khidmat perseorangan negara, Leong Jun Hao sebagai pemain pertama perlu menerima kekalahan selepas pemain ranking ke-38 dunia itu ditundukkan Weng Hong Yang, 19-21 dan 17-21.
Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya kerana masing-masing difahamkan mengalami kesukaran bernafas akibat resdung selain kecederaan belakang.
Usaha pasangan juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memberi sinar harapan kepada kem badminton negara juga serba tidak menjadi apabila ditewaskan oleh Xie Hao Nan-Zheng Wei Han, 16-21 pada set pertama, sebelum kembali bangkit merampas set kedua dengan kemenangan 21-16.
Aaron-Wooi Yik bagaimanapun perlu menerima kehebatan pasangan ke-90 dunia itu dengan kekalahan 21-23 pada set penentuan yang berlangsung selama 66 minit.
Perseorangan negara Eogene Ewe yang dipertaruhkan Malaysia selepas ketinggalan 0-2, juga menyaksikan ranking ke-298 itu meneruskan langkah sumbang apabila mudah ditewaskan oleh Lei Lan Xi menerusi permainan straight set 10-21 dan 14-21.
Ketika ditanya sekiranya strategi Malaysia terganggu selepas beberapa tonggak utama negara terpaksa direhatkan, Aaron berkata ia adalah sebahagian daripada cabaran seorang atlet iaitu mereka harus cepat bertindak menyelesaikan masalah tersebut berbanding melihat perkara itu sebagai masalah.
"Saya rasa bukan satu masalah sebab kami selaku satu pasukan kalau siapa cedera, kita hanya boleh (pilih pemain) lain main. Kita harus selesaikan masalah itu.
"(Lagipun kejohanan) ini adalah persediaan yang baik kerana jika kita tak sertai perlawanan ini, lima minggu kita tak sertai apa-apa kejohanan," katanya.
Wooi Yik pula menganggap isu berkenaan perlu dilihat dari sudut positif selain merupakan pengalaman berharga buat mereka sekiranya berlaku pada kejohanan akan datang.
Pada edisi dua tahun lepas yang berlangsung di venue sama, skuad lelaki negara berjaya muncul juara buat pertama kali selepas mengatasi Indonesia 3-0 di pentas final.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024

Usaha Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memberi sinar harapan kepada kem badminton negara juga serba tidak menjadi apabila ditewaskan oleh Xie Hao Nan-Zheng Wei Han. - Gambar fail/FB BAM
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.

'Bawa nama negara itu jauh lebih penting'
Kehadiran pemain muda tidak menghalang pemain kidal berusia 29 tahun ini untuk berbakti kepada bumi Jepun.

Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.

BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.

Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024
Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.

Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024
Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada BATC di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

BATC 2024: Hasrat Malaysia pertahan gelaran tidak kesampaian, tewas 0-3 kepada China
Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran BATC tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final.

SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.