KUALA LUMPUR: Calon jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele dan jurulatih beregu campuran Paulus Firman, telah dikenal pasti, kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky.
Beliau berkata mereka terdiri daripada calon tempatan dan luar negara.
Diminta memberikan bayangan calon yang mempunyai potensi tinggi dipilih, beliau dengan ringkas berkata: "beliau pernah jadi pemain", namun enggan mengulas lanjut.
"Buat masa ini, perkembangan sangat positif tetapi masih ada perkara perlu dibincangkan lagi. Setakat ini kita sedang menilai jurulatih dari luar negara, tetapi saya ada juga beritahu Datuk Kenny Goh (Setiausaha Agung BAM) mengenai jurulatih tempatan, namun segala keputusan terpulang kepada mereka," katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Pada 1 April lepas, Flandy membuat keputusan mengejutkan meninggalkan BAM apabila tidak mahu menyambung kontrak baru selepas dua tahun menabur bakti di negara ini, manakala sebulan kemudian Paulus pula meletakkan jawatan kerana ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
Rexy bagaimanapun memberi komitmen bahawa pemilihan tidak akan dibuat secara terburu-buru supaya dapat mencari jurulatih terbaik untuk mengemudi pasukan.
"Kita tidak mahu tergesa-gesa kerana tidak senang mendapat jurulatih yang berkualiti dan tidak akan mengambil individu (sesuka hati) untuk mengisi tempat kosong, tetapi tidak mendapat keputusan seperti yang kita harapkan," katanya.
Dalam pada itu, Rexy berkata pemain beregu lelaki negara Aaron Chia tidak berada pada tahap terbaiknya, ketika tewas kepada pasangan dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi di separuh akhir Terbuka Indonesia, Sabtu lepas.
"Bagi saya, mereka (Aaron Chia-Soh Wooi Yik) mampu menang dengan China, tetapi saya terkejut dengan prestasi Aaron dalam separuh akhir, tidak sama dengan Wooi Yik apabila beliau tidak ikut rentak permainan Wooi Yik yang bermain dengan baik.
"Kebiasaannya pergerakan Aaron pada bola depan jaring baik tetapi hari itu terkeluar, kesilapan pukul keluar dan saya tengok seperti ada yang tidak kena dengan beliau (Aaron). Oleh itu, saya sedang latih mereka untuk fikir dalam lapangan, kalau mahu serang perlu fikiran yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
![BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647907871_RexyMainaky.jpg)
Rexy berkata calon-calon jurulatih baharu itu terdiri daripada calon tempatan dan luar negara. - Gambar fail/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kelantan FC umum Alfredo Vera ganti Frank Bernhardt Kelantan FC umum Alfredo Vera ganti Frank Bernhardt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687319833_AlfredoVera.jpg)
Kelantan FC umum Alfredo Vera ganti Frank Bernhardt
Kelantan FC mengumumkan Alfredo Vera sebagai jurulatih baharu pasukan bagi menggantikan Frank Bernhardt.
!['Beri saya enam bulan tambah baik prestasi pemain' - James Chua 'Beri saya enam bulan tambah baik prestasi pemain' - James Chua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658249239_JamesChua.jpg)
'Beri saya enam bulan tambah baik prestasi pemain' - James Chua
Sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan diperlukan jurulatih baharu perseorangan wanita negara James Chua untuk menambah baik prestasi lapan pemain kebangsaan di bawah jagaannya.
![BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647907871_RexyMainaky.jpg)
BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy
Calon jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele dan jurulatih beregu campuran Paulus Firman, telah dikenal pasti.
![Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640123894_AyubRahmatPABM.jpg)
Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.
![Lionel Messi mahu tinggalkan Barcelona Lionel Messi mahu tinggalkan Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598408929_TBMESSIBOLA.jpg)
Lionel Messi mahu tinggalkan Barcelona
Messi dilaporkan mahu menggunakan klausa dalam kontraknya, yang membenarkan dia meninggalkan kelab berkenaan tanpa sebarang yuran perpindahan.
![Kenali jurulatih baharu JDT, Benjamin Mora Kenali jurulatih baharu JDT, Benjamin Mora](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51484798917_BenjaminMora.jpg)
Kenali jurulatih baharu JDT, Benjamin Mora
Pelan jangka panjang JDT sentiasa mementingkan untuk mendidik, membangunkan dan memberi peluang kepada mereka yang berkhidmat dalam keluarga JDT.