KUALA LUMPUR: Enam atlet diserap dalam pasukan angkat berat kebangsaan bagi menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Hanoi dan Sukan Komanwel Birmingham 2022, berkuat kuasa 3 Jan depan.
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memaklumkan mereka yang diserapkan ke dalam skuad baharu itu adalah Mohamad Aniq Kasdan yang beraksi dalam kategori 55 kilogram (kg), Muhamad Aznil Bidin (61 kg), Muhammad Erry Hidayat (73 kg), Mohd Nasir Roslan (81 kg), Muhammad Hafiz Shamsuddin (109 kg dan ke atas) dan seorang atlet wanita, Elly Cassendre Engelbert (55 kg).
"Seorang lagi atlet wanita akan dipanggil menyertai pasukan ini setelah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari Institut Sukan Negara (ISN) berikutan kecederaan dialami," katanya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan itu, Ayub berkata pembentukan pasukan baharu tersebut yang dipersetujui Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu mesyuarat Ahad lepas, menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan, yang akan didedahkan identitinya tidak lama lagi bagi membimbing skuad kebangsaan
Beliau berharap agar kesemua atlet terpilih dapat mempamerkan prestasi cemerlang serta mampu mengharumkan negara pada temasya sukan yang bakal disertai kelak.
Sementara itu, Ayub berkata pihaknya mengambil maklum penggantungan dua atlet kebangsaan selama empat tahun bemula 16 Julai lepas susulan isu doping, berikrar memberi kepercayaan penuh kepada Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) untuk menguruskan kes tersebut selain bertindak sebagai pemerhati dalam pengendalian kes itu.
Pada Isnin, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan dua atlet berkenaan Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan Muhammad Ikram Haikal Mohd Zuari masing-masing digantung daripada sebarang penyertaan sukan selama empat tahun susulan isu penggunaan bahan terlarang.
Menurut KBS, perkara itu diputuskan Panel Pendengaran Anti-Doping Malaysia selepas kedua-dua atlet tersebut membuat pelanggaran artikel 2.1 dan artikel 2.2 Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021.
Bagaimanapun, kedua-dua atlet terbabit boleh mengemukakan rayuan secara bertulis terhadap keputusan tersebut kepada ADAMAS dalam masa 21 hari daripada tarikh surat pemakluman keputusan kepada mereka.
Isu doping melanda dua atlet berkenaan menyaksikan PABM dan MSN bersetuju membubarkan skuad sedia ada yang menyaksikan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet terlibat diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa 1 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021
![Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640123894_AyubRahmatPABM.jpg)
Ayub berharap agar kesemua atlet terpilih dapat mempamerkan prestasi cemerlang serta mampu mengharumkan negara pada temasya sukan yang bakal disertai kelak. - Gambar fail BERNAMA
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713226206_tbMohamadAniqKasd.jpg)
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
![Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703589679_MohamadAniqKasdan.jpg)
Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.
![Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698216105_BonnieBunyau.jpg)
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
![Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694345560_atletangkatberat.jpg)
Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.
![Angkat berat boleh buat wanita jadi 'sado'? Fakta atau fiksyen? Angkat berat boleh buat wanita jadi 'sado'? Fakta atau fiksyen?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694317667_binabadanwanita.jpg)
Angkat berat boleh buat wanita jadi 'sado'? Fakta atau fiksyen?
Ramai wanita enggan melakukan senaman angkat berat kerana beranggapan tubuh mereka akan menjadi berotot dan hilang bentuk badan feminin.
![Cipta rekod Malaysia senaman kardio, angkat berat 12 jam tanpa henti Cipta rekod Malaysia senaman kardio, angkat berat 12 jam tanpa henti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691385440_DrKJeyPrabakaran.jpg)
Cipta rekod Malaysia senaman kardio, angkat berat 12 jam tanpa henti
Dr K Jey Prabakaran Thevar, 26, mencatatkan rekod tersebut pada 23 Julai lalu dengan menggunakan lebih 20 peralatan seperti treadmill, dumbbell dan barbell.
![Melaka harap KBS lulus cadangan bina gimnasium angkat berat di Nyalas Melaka harap KBS lulus cadangan bina gimnasium angkat berat di Nyalas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685748813_FairulNizamRoslan.jpg)
Melaka harap KBS lulus cadangan bina gimnasium angkat berat di Nyalas
Atlet negeri ini menggunakan Dewan Japerun Asahan sebagai pusat latihan kerana ketiadaan tempat untuk berlatih.
![Sukan SEA: Nur Syazwani tebus kecewa kem angkat berat Sukan SEA: Nur Syazwani tebus kecewa kem angkat berat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684136842_NurSyazwaniRadzi.jpg)
Sukan SEA: Nur Syazwani tebus kecewa kem angkat berat
Atlet muda, Nur Syazwani Radzi menghadiahkan pingat gangsa itu dalam kategori 64 kilogram (kg) wanita pada hari terakhir acara angkat berat.
![Jurulatih yakin skuad Badang ke Sukan SEA, kelayakan Olimpik bebas doping Jurulatih yakin skuad Badang ke Sukan SEA, kelayakan Olimpik bebas doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631147907_DopingMSN.jpg)
Jurulatih yakin skuad Badang ke Sukan SEA, kelayakan Olimpik bebas doping
Jurulatih angkat berat kebangsaan Yon Haryono berkata skuad yang akan membawa cabaran negara menjalani ujian doping setiap bulan.
![Aznil, Aniq sandaran skuad angkat berat ke Paris Aznil, Aniq sandaran skuad angkat berat ke Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676110225_MashuP.jpg)
Aznil, Aniq sandaran skuad angkat berat ke Paris
PABM mempersiapkan kedua-dua atlet yang akan bersaing dalam kategori 61 kilogram untuk mengumpul sebanyak mungkin mata.