KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan kerjasama strategik dengan PEMANDU Associates (PA) hari ini dalam usaha melicinkan tatakelola badan induk itu untuk menduduki kelompok tiga terbaik dunia menjelang temasya Olimpik Los Angeles 2028.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kerjasama itu akan menggunakan kepakaran firma perunding swasta untuk memastikan mereka 'sama hebat' dengan empat negara badminton utama iaitu China, Jepun, Indonesia dan Korea Selatan.
"Tindakan ini menjadi contoh sebuah persatuan membawa masuk pihak profesional bagi menunjukkan bahawa kita telus dalam segala yang kita lakukan untuk penambahbaikan. Kita berhubung dengan mereka bukan untuk selesaikan masalah tetapi bagaimana mereka mahu mengurus kejayaan.
"Mereka (PA) antara tiga syarikat membida dan kami pilih berdasarkan kredibiliti mereka sebelum ini. Kita bawa mereka masuk sebab kita memerlukan profesional yang faham cara melakukannya," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang media bersama Presiden dan Pengerusi PEMANDU Associates Datuk Seri Idris Jala di sini hari ini.
Kerjasama ini menyaksikan PEMANDU Associates akan menjalankan semakan menyeluruh terhadap bidang operasi teras BAM, termasuk Jabatan Teknikal, Pembangunan dan Pengurusan Pemain, Pengurusan Kewangan, Tadbir Urus dan Pengurusan Prestasi.
Selain menjalankan proses tiga bahagian melibatkan sesi Analisis Diagnostik, Bengkel Strategik, Penyelesaian Masalah dan Makmal, pihak berkepentingan juga akan bertemu untuk memberikan buah fikiran dan input mereka.
Mohamad Norza memaklumkan kerjasama ini akan 'meninggalkan jejak' positif selepas beliau meninggalkan badan induk itu selepas Paris 2024 di mana beliau menyediakan laluan kepada ahli lembaga BAM menghadapi pelbagai cabaran pada tahun akan datang menjelang kejohanan utama jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan LA 2028.
Beliau malah melahirkan keyakinan tinggi bahawa sasaran untuk mencapai kelompok tiga terbaik dunia bukanlah sukar untuk dicapai apabila beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Woi Yik kini berada di kedudukan lima terbaik dunia.
Sementara itu, Idris Jala yakin sasaran tinggi ditetapkan BAM itu bukan sesuatu yang mustahil dengan baki tempoh lima tahun ini.
"60 tahun menghasilkan pemain legenda untuk pentas badminton dunia, sekarang masanya untuk BAM menemui cara baru untuk berkembang dan mempercepatkan kemajuan strategiknya ke hadapan.
Metodologi kami bertujuan untuk membawa kejelasan dan kemudahan objektif untuk mempercepatkan perubahan. Proses transformasi 360 darjah yang menyeluruh adalah penting untuk mencapai tiga kejayaan utama untuk semua pihak: secara konsisten melahirkan juara dunia di negara ini, memastikan kemampanan kewangan untuk meneruskan misi dan meningkatkan badminton sebagai sukan yang memberi ganjaran kewangan lumayan kepada atlet," katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara badan induk itu dengan Petronas yang dijangka akan tamat hujung tahun ini, Norza berkata setakat ini mereka mendapat maklum balas positif.
BAM memeterai perjanjian penajaan terbesar dengan Petronas dalam sejarah selepas menandatangani perjanjian selama tiga tahun pada 2022 untuk meningkatkan prestasi badminton Malaysia menerusi latihan dan persediaan pemain kebangsaan terutama menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 selain turut memberi manfaat kepada program pembangunan menyeluruh BAM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Mohamad Norza berkata kerjasama itu akan menggunakan kepakaran firma perunding swasta untuk memastikan mereka 'sama hebat' dengan empat negara badminton utama iaitu China, Jepun, Indonesia dan Korea Selatan. - Gambar fail/Bernama
Sarawak bangunkan dua fasiliti pascaperubatan ala resort
Bukan sekadar Kalimantan, sektor pelancongan kesihatan di Sarawak kini menyasarkan pelanggan dari Jakarta, Kemboja serta Hong Kong.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau
Sarawak berhasrat menjadikan AirBorneo sebagai pemacu transformasi udara serantau, seiring dengan aspirasi menjadikan wilayah itu sebagai hab penting di Asia Tenggara.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan - James
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib telah mengarahkan pihak konsesi, Timatch Group, dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk segera bertindak menangani masalah bekalan air di Sandakan terutamanya di kawasan Karamunting.
Sabah bakal menerima jumlah pelaburan sebanyak RM58.3 bilion
Jumlah keseluruhan pelaburan asing dan domestik yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Sabah sejak September 2020 dianggarkan sebanyak RM17.41 bilion daripada 73 syarikat.
BWI kini disalurkan melalui BSN
Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir kini disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memastikan penyaluran lebih teratur dan telus.
RM22 Bilion diperuntuk bagi rancangan tebatan banjir seluruh negara
RM22 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Terkhilaf promosi produk, Siti Nurhaliza mohon maaf
Terkhilaf mempromosi produk berasas nikotin di sosial media miliknya, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil memohon maaf.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi
KPWKM menerusi JPW telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024
TLDM melaksanakan 615 siri operasi melibatkan enam operasi secara berterusan dan tiga operasi berkala selain memastikan aset pasukan itu berada di KOM sepanjang 2024.

"Jangan biasakan diri dengan berhutang"- Pakar Kewangan
Apabila kita membiasakan diri dengan berhutang, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat.

Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.

KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.

2,000 GLC akan diaudit mulai tahun depan - Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.

Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bertujuan memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.

180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.

BAM jalin kerjasama dengan PEMANDU Associates sebagai persiapan ke Olimpik 2028
BAM mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan kerjasama strategik dengan PA dalam usaha melicinkan tatakelola badan induk itu untuk menduduki kelompok tiga terbaik menjelang LA28.

Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.