KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia berharap Malaysia dapat menumpaskan Jepun dalam aksi Kumpulan D pada Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, dari 8-15 Mei ini.
Zii Jia berkata juara 2014 itu diramal menguasai peringkat kumpulan dalam kejohanan berpasukan badminton berprestij dunia itu yang bakal berlangsung di Impact Arena.
Beliau berkata impian Malaysia untuk menjadi juara kumpulan terletak pada kemampuan negara menundukkan pasukan negara matahari terbit itu.
"Pastinya sasaran utama tewaskan Jepun dan mereka bukan pasukan 'cincai'. Kita juga tidak harus pandang rendah pasukan lain dalam peringkat kumpulan," katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, hari ini.
Selain Jepun, skuad kebangsaan diundi bersama England dan New Zealand.
Dalam pada itu, bekas juara All England 2021 itu percaya penampilan pertamanya pada Kejuaraan Badminton Asia di Manila, Filipina dari 26 April-1 Mei ini, dapat dijadikan medan persediaan untuk mendapatkan rentak permainan sebelum mengharungi saingan Piala Thomas.
Pemain nombor tujuh dunia itu yang memilih haluan profesional sejak Januari lepas, teruja dapat kembali 'berguru' di ABM dan mengikuti kem latihan selama sembilan hari sehingga 23 April ini.
Beliau juga berpeluang memberi tunjuk ajar kepada atlet ke Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada 12-23 Mei ini yang berlatih bersama mereka.
"Saya teruja dapat kembali ke sini dan berjumpa kawan-kawan saya serta (atlet) junior.. Saya tidak sabar untuk berlatih bersama mereka bagi beberapa hari ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky memaklumkan pihaknya telah mengatur strategi termasuk merencana program latihan bagi para pemain yang tersingkir awal di Filipina.
Katanya, ini bagi memastikan mereka tetap bersedia menghadapi saingan Piala Thomas di Bangkok nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia pada sidang media ketika sesi latihan Skuad Badminton ke Piala Thomas, Uber dan Sukan SEA di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.