Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, menyifatkan kegagalan wakil negara untuk layak ke final Kejohanan Seluruh England minggu lalu merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian.
Selain kurangnya persiapan menjelang kejohanan itu, Razif turut berpendapat barisan pemain negara perlu sentisa memastikan kecergasan dan stamina mereka di tahap terbaik.
Baginya, perkara paling utama adalah setiap wakil negara itu perlu bijak dalam menguruskan tekanan kerana mereka berada dalam kelompok pemain terbaik dunia.
BACA: Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
BACA: Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
"Salah satunya adalah persiapan pemain kita kurang baik atau strategi mereka kurang berkesan," katanya kepada Astro Arena.
"Pihak lawan juga sudah melakukan banyak kajian mengenai tekanan dan psikologi mereka, ia sudah menjadi satu kebiasaan.
"Daripada segi luaran, memang semua orang mahukan mereka menang kerana meraka berada dalam kelompok 10 hingga lima terbaik dunia tetapi bagaimana caranya untuk mereka mengatasi tekanan ini.
"Jadi, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada jurulatih dan mungkin juga ahli psikologi," katanya.
Astro Arena
Wed Mar 22 2023
Razif turut berpendapat barisan pemain negara perlu sentisa memastikan kecergasan dan stamina mereka di tahap terbaik. - Foto Astro Arena
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin kini beregu lelaki nombor satu negara
Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia.
Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia
Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia