KUALA LUMPUR: Gandingan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bertekad membawa senyuman kepada penyokong tanah air, dengan mara ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 bermula 9-14 Jan ini di Axiata Arena.
Aaron, 26, berkata beliau meletakkan harapan untuk memperbaiki pencapaian terbaiknya di Terbuka Malaysia kali ini, selepas tumbang kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun pada separuh akhir edisi 2022, manakala tahun lepas tersingkir seawal pusingan kedua kepada Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China.
"Kali ini kita tidak rasa tertekan tetapi lebih teruja kerana sudah lama tidak beraksi di Malaysia (sejak Malaysia Master pada Mei lepas). Harap kali ini boleh buat persembahan lebih baik berbanding sebelum ini, sekurang-kurangnya ke final, menang keiohanan atau tidak, tak boleh cakap.
"Apabila beraksi di Malaysia, saya rasa lebih bersemangat kerana sokongan padu penyokong. Harap penyokong juga hadir dari awal sehingga hari terakhir," kata juara dunia 2022 itu pada sidang media menjelang kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 di sini, hari ini.
Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan ketiga akan membuka kempen kali ini berdepan pasangan bukan pilihan dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan pertama.
Aaron yang menamatkan penantian lama untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia Super bersama Wooi Yik di Terbuka Denmark pada Oktober lepas, turut berharap untuk memenangi mana-mana kejohanan dalam masa terdekat bagi meningkatkan keyakinan mereka menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, bermula 26 Julai ini.
Sementara itu, jurulatih beregu lelaki kebangsaan Tan Bin Shen berkata selepas mendapati cara permainan Aaron-Wooi Yik telah dibaca oleh beberapa lawan utama, terutamanya di Sukan Asia, pihaknya telah menukar strategi dan cara permainan yang dilihat membuahkan hasil di Terbuka Denmark.
"Selepas kita menukar, kita lihat lawan juga telah menukar cara mereka, saya rasa ia sebahagian daripada proses, kita pun harus membuat kerja rumah juga (sebelum hadapi kejohanan). Semua pihak mahu memenangi kejohanan, tetapi tidak boleh kata 100 peratus akan menang...persediaan kita kena 100 peratus dari aspek mental dan fizikal.
"Apabila ada lawan yang susah, perlawanan jadi sengit, jika kita kekal, itu saat yang kita akan bagi kelebihan kepada lawan, psikologi terjejas dan mereka boleh membuat kemunculan semula. Komunikasi antara pemain dan jurulatih penting, ketika saya lihat pemain perlahan, saya kena kawal mereka," katanya.
Beliau berkata harapan Aaron-Wooi Yik untuk tahun ini adalah memburu pingat emas Olimpik dan kedudukan teratas dunia, yang memerlukan persiapan baik.
Aaron-Wooi Yik, yang kini berada di kedudukan nombor empat dunia, turut pernah meraih gangsa pada Olimpik Tokyo 2020 dan Kejohanan Dunia 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024

Beregu lelaki utama negara Aaron Chia (kiri) ketika sidang media menjelang Kejohanan Super 1000, PETRONAS Malaysia Open 2024 di Akademi Badminton Malaysia, hari ini. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Badminton Terbuka Malaysia: Tiga pencabar utama sekat Axelsen pertahan gelaran
Terdapat tiga pemain yang boleh menyekat hasrat Viktor Axelsen untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia yang bermula dari 9-14 Januari ini.

Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen
Perseorangan profesional negara Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 hari ini, akibat kecederaan betis kanan.

Badminton Terbuka Malaysia diumum pembuka tirai Jelajah Dunia BWF
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tempoh dua tahun akan datang, menurut badan induk dunia itu.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.

Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis
Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula pukul 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500.

Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson
Pemain No.4 dunia, Datuk Lee Chong Wei, menidakkan Viktor Axelson 21-14, 21-13 dengan mudah, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badmonton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.