KUANTAN: Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia, kini dikenali sebagai Petronas Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata sambutan diterima amat menggalakkan selepas dua tahun kejohanan itu tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19.
"Saya difahamkan sambutan sangat baik dan diberitahu tiket hampir habis dijual untuk peringkat suku akhir dan ke atas... ada sedikit lagi tiket tinggal," katanya ketika ditemui pemberita pada kejohanan badminton Petronas Bawah 21 Tahun di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pahang di sini hari ini.
Tiket kejohanan tersebut mula dijual pada 26 Mei lepas menerusi www.myticket.asia dengan harga dari RM25 hingga RM500, manakala promosi untuk 2,000 tiket pertama telah habis dijual.
Kejohanan itu, yang merupakan satu daripada lima kejohanan siri super berprestij dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF), bakal menyediakan hadiah keseluruhan AS$675,000 (RM2,963,250).
Sementara itu, mengenai kejohanan hari ini yang disertai pemain pelapis dan remaja, beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan prestasi pemain yang mempamerkan kualiti permainan tinggi.
Kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas itu menyaksikan Hoh Shou Wei Justin memenangi kategori perseorangan lelaki manakala Wong Ling Ching muncul juara perseorangan wanita.
Bagi kategori beregu lelaki, gelaran johan menjadi milik Muhammad Fazriq Mohamad Razif dan Wong Vin Sean, manakala Teoh Lexuan dan Wong Ling Ching mengungguli beregu wanita dan gandingan Tan Wei Liang-Ho Lo Ee memenangi kategori beregu campuran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
![Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621719152_KennyGohCheeKeong.jpg)
Kenny berkata sambutan diterima amat menggalakkan selepas dua tahun kejohanan itu tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
![Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837483_TBCourtHammer.jpg)
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
Visi Komuniti ASEAN bakal dilancarkan
Ia yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari aspek politik, ekonomi dan sosial, seterusnya menjadi contoh kepada dunia.
Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
Buat masa ini terdapat 19 projek menaik taraf perparitan yang sedang dijalankan, dengan enam lagi dijangka dimulakan tahun ini.
![Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738834308_MohamadHasan.jpg)
Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.
![ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824440_MohamadHasan.jpg)
ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Kilang peluru automasi tinggi buatan tempatan beroperasi Mac ini
Sultan Pahang, AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan kilang peluru automasi tinggi pertama dalam negara milik Ketech Asia Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lipis, Pahang, pada Khamis.
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
![Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736498072_TBPETRONASTERBUKA.jpg)
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
![Badminton Terbuka Malaysia: Tiga pencabar utama sekat Axelsen pertahan gelaran Badminton Terbuka Malaysia: Tiga pencabar utama sekat Axelsen pertahan gelaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673843243_ViktorAxelsen.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia: Tiga pencabar utama sekat Axelsen pertahan gelaran
Terdapat tiga pemain yang boleh menyekat hasrat Viktor Axelsen untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia yang bermula dari 9-14 Januari ini.
![Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673518481_TBBADMINTON.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.
![Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673393120_LiewDaren.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen
Perseorangan profesional negara Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 hari ini, akibat kecederaan betis kanan.
![Badminton Terbuka Malaysia diumum pembuka tirai Jelajah Dunia BWF Badminton Terbuka Malaysia diumum pembuka tirai Jelajah Dunia BWF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81591401252_BWF.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia diumum pembuka tirai Jelajah Dunia BWF
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tempoh dua tahun akan datang, menurut badan induk dunia itu.
![Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621719152_KennyGohCheeKeong.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.
![Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643023280_PersatuanBadminton.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis
Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula pukul 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500.
![Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Badminton/ChongWei150114SAL.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson
Pemain No.4 dunia, Datuk Lee Chong Wei, menidakkan Viktor Axelson 21-14, 21-13 dengan mudah, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badmonton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.