Jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom, masing-masing gagal melayakan diri ke pusingan kedua acara pecut pada perlumbaan trek siri pertama Piala Dunia di Velodrom BGZ Arena di Pruszkow, Poland, hari ini.
Menurut laman web rasmi kejohanan, Track Cycling World Cup I, Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocketrocketman menamatkan saingan di tempat ke-32 dengan catatan masa 10.195 saat iaitu 0.546s di belakang pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang mencatat masa terpantas.
Muhammad Shah pula hanya sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-34 dengan catatan masa 10.234s, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kalangan 28 pelumba terpantas pada sesi kelayakan itu.
Kedua-dua pelumba negara itu sebelum ini turut gagal melayakan diri ke pusingan kedua acara kierin yang berlangsung semalam selepas Azizulhasni tidak menamatkan perlumbaan pada pusingan penyisihan (repechage) kerana terlibat dalam pelanggaran dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.
Sementara Muhammad Shah menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Sebastien Vigier dari Perancis pada pusingan penyisihan.
Bernama
Sun Nov 05 2017

Azizulhasni menamatkan saingan di tempat ke-32 . - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Berbasikal Trek Dunia: Shah, Ridwan Sahrom akhiri acara pecut di pusingan pertama
Olimpian negara tersebut terpaksa akur kepada Joseph Truman dari Great Britain, sementara adiknya pula tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara.

Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah ke repechage acara pecut
Pelumba berusia 20 tahun itu mencatat masa 10.709 saat (s) dan menamatkan sesi kelayakan itu di kedudukan ke-21 untuk mara ke pusingan 1/32 yang dijadual malam ini.

Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut
Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16.

Azizulhasni raih gangsa acara pecut Piala Trek Jepun II
Jaguh berbasikal trek negara itu terpaksa berpuas hati dengan kilauan gangsa selepas menamatkan perlumbaan di belakang dua pelumba tuan rumah.

Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa acara pecut ACC di India
Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-msing meraih pingat gangsa dalam acara pecut pada ACC 2024 di New Delhi, India hari ini.

The Pocket Rocketman kembali jalani latihan dua, tiga minggu lagi
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dijangka kembali menjalani latihan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, selepas kecederaan dialaminya pulih sepenuhnya.

Shah Firdaus, Ridzwan galas cabaran di suku akhir pecut individu
Muhammad Shah dan adiknya Muhammad Ridwan, mara ke suku akhir acara pecut individu lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou pada Rabu.

Paris 2024: Shah Firdaus yakin tiket ke Olimpik sudah dalam genggaman
Shah Firdaus mempunyai alasan tersendiri mengapa slot ke Paris sudah dalam genggamannya.

Tokyo 2020: Bekas bintang olahraga gembira pengaruh Usain Bolt makin terhakis
Penguasaan Usain Bolt dalam acara pecut tidak bagus untuk olahraga berikutan kejohanan trek dan padang tertentu sukar mendapat liputan meluas.

Tokyo 2020: Pelumba negara perlu ada taktikal ampuh dalam keirin, kata Rizal Tisin
Taktikal sangat memainkan peranan dalam usaha mereka mengintai pingat emas dalam keirin kelak.