Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, sebentar tadi dengan catatan masa 9.866 saat.
Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman dijadual bersaing dalam acara 1/8 pada jam 1.38 pagi waktu Malaysia.
Sementara itu, seorang lagi pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya ke pusingan 1/16 acara pecut individu.
Atlet berusia 28 tahun itu menamatkan perlumbaan saringan ketiga repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Lithuania, Vasilijus Lendel.
Shah Firdaus terpaksa bersaing dalam pusingan repechage apabila tewas kepada Mikhail Iakovlev pada pusingan pertama.