Australia mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan kali kelapan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 selepas membenam Malaysia 8-3 pada perlawanan akhir di sini, malam ini.
Juara dunia itu meleburkan impian pasukan negara serta ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Azlan Shah di sini untuk melihat anak didik Muhammad Dharmaraj Abdullah merangkul kejuaraan kali pertama sejak 1983.
Australia, yang kini dalam misi mempertahankan Piala Dunia di The Hague, Belanda, Mei ini, berada dalam kelas tersendiri apabila gerakan pantas mereka menggerunkan anak buah Dharmaraj.
Laungan sokongan oleh ribuan penyokong di samping paluan gendang pembakar semangat untuk pasukan negara ternyata tidak menggugat tumpuan Australia untuk mendahului 3-1 pada separuh masa.
Impian Malaysia untuk membalas dendam selepas kalah 3-2 pada final edisi lepas ternyata meleset apabila strategi dan pendekatan skuad kebangsaan tidak mengancam sama sekali pasukan lawan.
Selepas ketua jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Paul Revington melepaskan jawatan Januari lepas, prestasi pasukan negara seolah-olah hilang pedoman dan gagal menandingi kelincahan Australia.
Pakar pukulan sudut, Chris Ciriello menyumbang separuh daripada jaringan Australia bermula pada minit keenam, 17, 42 dan minit ke-52, sekali gus dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
Gol lain dihasilkan oleh Eddie Ockenden pada minit ke-11, Nicholas Budgeon (46'), Matt Ghodes (65') dan Tristan White pada minit ke-68.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Shahril Saabah pada minit ke-24, Rashid Baharom (40') dan Fitri Saari pada minit ke-67.
Australia, yang menduduki ranking pertama dunia, menjuarai kejohanan tersebut pada edisi pertama 1983, 1998, 2004, 2005, 2007, 2011 dan 2012.
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah turut berangkat bersama-sama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim untuk menyaksikan perlawanan akhir di samping menyampaikan trofi kepada pasukan Australia diketuai Mark Knowles.
Sementara itu, Dharmaraj berkata berdasarkan prestasi pasukan khususnya tujuh pemain junior, beliau yakin mereka boleh pergi lebih jauh jika diberi peluang bersama skuad senior.
Bagaimanapun, Dharmaraj, bekas jurulatih skuad remaja, telah mencapai sasaran antara tiga pasukan terbaik dalam kalangan enam pasukan yang ditetapkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
Anugerah:
--------
Juara: Australia
Naib Juara: MALAYSIA
Pemain Terbaik: Mark Knowles (Australia)
Piala Permainan Bersih: Korea Selatan
Penjaring Terbanyak: Nicholas Budgeon (Australia) 8 gol
Penjaga Gol Terbaik: Lee Myung Ho (Korea Selatan)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Chris Cirello (Australia).
Bernama
Mon Mar 24 2014
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Indonesia anjur latihan ketenteraan Super Garuda Shield, Malaysia sebagai negara pemerhati
Malaysia bertindak sebagai negara pemerhati bersama negara lain termasuk Brazil, Brunei, Fiji, Jerman, India, Belanda, Filipina dan Arab Saudi.
Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke
Heinecke menyamakan hubungan antara Australia dan ASEAN dengan gabungan popular Malaysia, "Roti Canai dan Teh Tarik," yang menggambarkan sinergi semula jadi antara kedua-duanya.
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.