Pasukan Australia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Iraq 1-0 di Stadium Sydney.

Josh Kennedy muncul wira ‘The Socceroos’ apabila meledak gol tunggal perlawanan.

Menerima kunjungan Iraq, Australia tampil dengan barisan terbaik mereka bagi mencapai misi tiga mata penuh.

Semangat The Socceroos nyata membara apabila awal-awal lagi hampir menerjah jaring menerusi percubaan Tim Cahill, pada minit ke-2.

Ikuti laporan sepenuhnya menerusi video yang telah disediakan.