Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengesahkan tiket untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan kalah mati, malam tadi.
ATM menewaskan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix menerusi kemenangan selesa 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu gagal membuat penampilan dalam saingan Piala Malaysia untuk dua musim berturut-turut.
Penyerang import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam muncul wira pasukan ATM menerusi dua jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti dan gol padang pada minit ke-62 serta gol daripada Abdul Shukor Jusoh pada minit ke-38.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan JDT II menerima tentangan sengit daripada pasukan Liga Super, Sime Darby FC sebelum menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Shafiq Shaharudin pada minit ke-45 perlawanan.
Kemenangan malam ini menyaksikan ATM dan Sime Darby FC mengiringi 14 pasukan lain iaitu 10 pasukan Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana untuk majlis undian kumpulan Piala Malaysia 2015 di salah sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Khamis ini.
Senarai pasukan Piala Malaysia 2015:
-------------------------------------
Pasukan Liga Super:Johor Darul Ta'zim, Pahang, Selangor, Terengganu, Felda United, Polis Diraja Malaysia, Lions XII, Perak, Kelantan, Sarawak.
Pasukan Liga Perdana:Kedah, Pulau Pinang, T-Team, PKNS FC
Pemenang perlawanan kalah mati: ATM dan Johor Darul Ta'zim II.
Astro Arena
Wed Aug 26 2015

ATM menewaskan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix menerusi kemenangan selesa 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

ATM, JDT II layak ke Piala Malaysia 2015
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengesahkan tiket untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan kalah mati, malam i