Atlet beragama Islam dinasihatkan untuk tidak meninggalkan kewajipan berpuasa walaupun bakal menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, bermula 23 Julai ini.
Beberapa pakar rujuk agama mengganggap rukun Islam ketiga berkenaan wajib dilaksanakan oleh atlet negara selagi mereka mampu dan tidak sewenang-wenangnya berbuka atas alasan bermusafir.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata setiap umat Islam wajib menunaikan ibadat puasa kerana ia adalah bekalan bagi mereka apabila meninggal dunia nanti.
"Jadi tidak ada alasan bagi setiap orang Islam untuk berbuka puasa walaupun mereka sedang bermusafir atau bersukan kerana perkara yang harus tidak boleh mengatasi perkara yang wajib atau fardhu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata bermusafir atau melakukan aktiviti sukan adalah harus manakala ibadat puasa merupakan ibadat wajib yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.
Tamyes menjelaskan walaupun mereka menggunakan alasan uzur (tidak berupaya untuk meneruskan puasa atas sebab kesihatan dan perkara yang dibolehkan oleh syarak), individu berkenaan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan mereka.
Berkongsi pendapat yang sama ialah Datuk Dr Abu Hassan Din Al Hafiz yang menyatakan orang Islam diwajibkan berpuasa kecuali atas sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak untuk mereka berbuka seperti bermusafir dan sebagainya.
Mengambil contoh atlet beragama Islam pada Sukan Komanwel nanti, bekas Imam Besar Masjid Negara itu berkata mereka tidak boleh digolongkan sebagai golongan musafir kerana mereka tinggal lebih daripada tiga hari di satu tempat dan bukannya berpindah randah.
"Mereka yang diharuskan berbuka puasa atas sebab bermusafir perlu mematuhi syarat-syarat bermusafir antaranya tidak bermukim, bermusafir bukan atas tujuan untuk melakukan maksiat dan sebagainya," jelas Dr Abu Hassan.
Beliau berkata mana-mana atlet yang memilih untuk tidak berpuasa, mereka perlu membayar balik puasa berkenaan.
Berbeza pula dengan pandangan pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang berpendapat, atlet yang beraksi pada Sukan Komanwel diharuskan tidak berpuasa atas sebab bermusafir dan mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa.
Katanya, Allah S.W.T memberi kemudahan kepada hambanya, namun mereka perlu menqadakan puasa tersebut sama banyak dengan jumlah hari mereka meninggalkan ibadat puasa.
"Atlet dibolehkan memilih untuk tidak berpuasa walaupun sebulan selagi mereka bermusafir, namun mereka perlu menunaikan solat fardu lima waktu sehari seperti biasa," katanya.
Menyokong pandangan beliau ialah Ketua Hal Ehwal Islam, Majlis Sukan Negara (MSN), Mohammad Hasnol A.Bakar yang berpendapat bahawa atlet negara yang beragama Islam mempunyai dua pilihan sama ada berpuasa ataupun tidak.
"Sekiranya mereka memilih untuk berpuasa itu adalah yang terbaik namun jika tidak berpuasa atas sebab bermusafir namun mereka perlu mengantikan puasa selepas itu," katanya.
Mohammad Hasnol berkata pihaknya akan memberikan taklimat terperinci kepada atlet negara mengenai ibadat berpuasa sebelum mereka bertolak ke Scotland nanti.
Bernama
Sat Jul 05 2014
MUFTI SELANGOR: Setiap umat Islam wajib menunaikan ibadat puasa kerana ia adalah bekalan bagi mereka apabila meninggal dunia nanti.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.