KUALA LUMPUR: THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Menurut Rizman Nordin, gaya sopan busana itu dipadankan dengan kelubung yang sinonim dengan wanita Malaya.
Inspirasi baju teluk belanga pula dipilih sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang berasal dari Johor.
"Dari segi warna pula, kami memilih warna hijau zaitun dengan motif keemasan untuk menjentik aura klasik dan apabila berada di bawah pantulan cahaya, ia memancarkan kesan keemasan sebagai tanda simbolik harapan untuk para atlet kita membawa pulang pingat emas untuk Malaysia," ujar Rizman.
"Ia bagaikan melihat sebutir belian yang digilap berkilau dan kemudiannya diikat dengan emas dan dijadikan cincin di jari.. sungguh cantik dan sangat sempurna," tambah Ruzaini pula.
Koleksi The Malaya turut menekankan cetakan motif songket sebagai tanda pengiktirafan kepada atlet-atlet Malaysia kerana songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung turun-temurun, kata Rizman.
"Rizman Ruzaini meletakkan nilai atlet negara pada kedudukan yang tertinggi.. setinggi perjuangan mereka untuk membawa pulang pingat emas nanti. Kami turut mempersembahkan cetakan motif songket ke atas busana sebagai pengiktirafan kami buat mereka," tambahnya.
Menurut Rizman, songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung turun-temurun, kehalusan tenunan dan kerumitan motif songket menggambarkan pangkat dan kedudukan bangsawan.
"Scarf yang kami cipta mewakili semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia dan (kami) taburkan tudung ini dengan corak nukilan khas tentang Malaysia," katanya yang antara merujuk kepada tarikh kemerdekaan negara dan Hari Kebangsaan.
Koleksi itu juga adalah satu dedikasi dan aspirasi Rizman Ruzaini buat beberapa tokoh pahlawan Melayu termasuk Penghulu Naning, Datuk Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau.
Acara gilang-gemilang pembukaan Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung di Sungai Seine, Paris dan akan dibarisi oleh 26 atlet.
Tumpuan Malaysia juga menyasarkan atlet seperti Datuk Azizulhasni Awang, Lee Zii Jia sebagai menjadi harapan utama untuk mencapai sekurang-kurangnya satu pingat emas.
Kontinjen Malaysia akan menggalas cabaran negara pada temasya sukan berprestij itu menerusi penyertaan dalam sembilan jenis sukan iaitu akuatik terjun, akuatik renang, pelayaran, menembak, berbasikal trek, berbasikal lebuh raya, angkat berat, badminton, golf, memanah dan olahraga.
Pia Ernadya
Thu Jul 25 2024
Busana itu turut menekankan cetakan motif songket sebagai tanda pengiktirafan buat para atlet. - Foto: Rizman Ruzaini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.