PELUMBA berbasikal lebuh raya negara Anuar Manan tidak berselindung di sebalik rasa terkilan tidak ada wakil skuad itu di Olimpik Rio 2016.
Pada tahun 2012, Malaysia merupakan pasukan ketiga terbaik Asia menerusi pungutan mata daripada skuad kebangsaan dan pro benua termasuk pencapaian Anuar bersama Terengganu Cycling Team (TSG).
Kedudukan di Asia itu membolehkan Malaysia menghantar dua wakil ke Olimpik London dengan Adiq Hussaine Othman dan Amir Mustafa Rusli mendapat mandat daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk membawa cabaran Malaysia.
Bukan sahaja skuad lebuh raya gagal ke Rio, malah Malaysia kini hanya berada di ranking ke-12 Asia.
Pertukaran pengurusan TSG serta penggantungan sebulan dikenakan terhadap PKBM pada Oktober 2014 antara faktor memberi kesan terhadap senario ini.
"Sebelum ini kita boleh hantar dua wakil tetapi tahun ini agak kecewa. Namun saya tidak hampa kerana masih ada banyak lagi kejohanan lain," jelas Anuar.
Bagi Anuar, kegagalan ini tamparan hebat buat pelumba negara kerana penampilan di Olimpik lebih berharga daripada wang ringgit.
Pada usia 29 tahun, ikon basikal lebuh raya ini masih mengimpikan tiket ke Olimpik Tokyo 2020.
"Masa itu baru kita boleh buktikan kita tidak ketinggalan dalam bidang sukan contohnya basikal, kerana ketika ini sukan berbasikal lebuh raya agak lemah," jelasnya.
Astro Arena
Wed Mar 09 2016

ANUAR: Saya tidak hampa kerana masih ada banyak lagi kejohanan lain. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

LTdL 2018: Anuar sasar menang podium, jersi hijau
Pelumba pecut negara, Anuar Manan mengintai satu kemenangan podium dan jersi hijau selaku Raja Pecut pada edisi ke-23 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018.

Anuar terkilan tiada wakil lebuh raya di Rio
Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Anuar Manan, tidak berselindung di sebalik rasa terkilan tidak ada wakil skuad itu di Olimpik Rio 2016.

Dua pakar pecut tidak disenarai ke Sukan SEA Myanmar
Dua pakar pecut negara, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh serta pelumba senior Suhardi Hassan tidak disenaraikan dalam skuad berbasikal lebuh raya negara untuk temasya Sukan SEA 2013 Myanmar.

Edisi ke-18 LTDL catat sejarah tersendiri
Aksi perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang menutup tirainya semalam mencatatkan sejarah tersendiri kepada sukan berbasikal lebuh raya negara.

Anuar bergantung kepada strategi pasukan di LTdL
Pelumba pecut negara, Anuar Manan akan terus berusaha untuk mencapai kemenangan dalam baki empat peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini.