Aksi perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang menutup tirainya semalam mencatatkan sejarah tersendiri kepada sukan berbasikal lebuh raya negara.
Setelah kejohanan itu memasuki edisi ke-18, pelumba-pelumba tempatan telah membuktikan mereka mampu memberi saingan hebat dengan barisan pelumba profesional terutama daripada pasukan Pro Team.
Edisi perlumbaan kali ini menyaksikan seramai 16 pelumba menggalas cabaran Malaysia. Ia adalah satu jumlah terbesar dalam sejarah penglibatan pelumba tempatan dalam LTdL.
Melalui edisi perlumbaan ini, tiga pelumba negara yang mewakili pasukan profesional benua dan benua paling menyerlah.
Tidak hairanlan jika Anuar Manan (Synergy-Baku Cycling Project), Mohamad Adiq Husainie Othman (Champion System Pro Cycling Team) dan Loh Sea Keong (OCBC Singapore Continental Cycling Team) mencipta kejayaan tersendiri walaupun gagal meraih kejayaan podium pada setiap peringkat perlumbaan.
"Saya memang bertungkus-lumus untuk mendapatkan keputusan baik dalam perlumbaan kali ini. Persediaan saya juga lebih baik berbanding tahun lalu tetapi kali ini, persaingan terlalu sengit dengan begitu ramai perlumba taraf ProTeam dan pakar pecut terkemuka.
"Tetapi saya rasa saya sudah memberikan cabaran kepada mereka di setiap peringkat dan saya harap persembahan saya juga memberi impak dan mereka membuka mata terhadap kemampuan saya," kata Anuar, yang dipilih sebagai pelumba pecut terbaik Malaysia pada saingan LTdL kali ini.
Sementara itu, Mohamad Adiq Husainie muncul sebagai pelumba terbaik keseluruhan Malaysia pada edisi ke-18.
Mohamad Adiq Husainie, 21, menamatkan saingan 10 peringkat itu ditempat ke-28 dengan mengumpul 35 jam, lima minit dan 16 saat, 12 minit dan sembilan saat dibelakang pemenang jersi kuning, Julian David Arredondo Moreno dari Colombia.
Dalam perkembangan yang sama, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab berpuas hati dengan prestasi pelumba-pelumba negara.
"Saya berpuas hati dengan persembahan pelumba-pelumba kita walaupun pada dua pendakian di Cameron Highlands dan Genting Highlands mereka masih gagal menyaingi pelumba-pelumba lain. Jurang antara pelumba kita dengan mereka masih jauh dalam aspek pendakian.
"Saya mahu pelumba kita mengekalkan prestasi untuk berada dikedudukan sekarang," katanya.
Jika dilihat daripada segi penganjuran, LTdL kali ini adalah yang terbaik dengan menampilkan lima pasukan Pro Team dan tujuh pasukan profesional benua serta lapan pasukan benua dan dua pasukan kebangsaan.
"Cabaran penganjuran LTdL kali ini telah dapat dilihat dari awal kerana mahu menampilkan pasukan- pasukan yang terbaik. Untuk mendapatkan penglibatan lima pasukan Pro Team dan tujuh pasukan pro benua, bukanlah sesuatu yang mudah.
"Kita cuba menyediakan apa yang terbaik dan saya rasa edisi kali ini adalah yang terbaik pernah dianjurkan," kata Ketua Pegawai Operasi LTdL Emir Abdul Jalal.
Antara cabaran penganjuran ialah mengenai berita banjir yang melanda beberapa kawasan di pantai timur dan melibatkan laluan perlumbaan.
"Kita hampir terpaksa menukar laluan perlumbaan akibat beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu telah dinaiki banjir.
"Syukur, selepas membuat tinjauan dan memastikan laluan selamat dilalui, perlumbaan peringkat kelapan dan kesembilan khususnya dapat dijalankan mengikut
laluan asal," katanya.
Kali terakhir pihak penganjur terpaksa mengubah perlumbaan ke laluan alternatif akibat banjir ialah pada 31 Jan 2011 iaitu pada peringkat kesembilan perlumbaan dari Melaka ke Nilai, Negeri Sembilan. LTdL 2013, dengan tema 'Bahang Kian Terasa' bermula dengan rasminya di Kangar pada 21 Feb itu melibatkan kayuhan sejauh 1469.7 kilometer.
Bernama
Sun Mar 03 2013
![Edisi ke-18 LTDL catat sejarah tersendiri Edisi ke-18 LTDL catat sejarah tersendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41362286364_295x200.jpg)
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![LTdL 2018: Anuar sasar menang podium, jersi hijau LTdL 2018: Anuar sasar menang podium, jersi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71521176847_AnuarManan.jpg)
LTdL 2018: Anuar sasar menang podium, jersi hijau
Pelumba pecut negara, Anuar Manan mengintai satu kemenangan podium dan jersi hijau selaku Raja Pecut pada edisi ke-23 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018.
![Anuar terkilan tiada wakil lebuh raya di Rio Anuar terkilan tiada wakil lebuh raya di Rio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41457530930_AnuarManan.jpg)
Anuar terkilan tiada wakil lebuh raya di Rio
Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Anuar Manan, tidak berselindung di sebalik rasa terkilan tidak ada wakil skuad itu di Olimpik Rio 2016.
![Dua pakar pecut tidak disenarai ke Sukan SEA Myanmar Dua pakar pecut tidak disenarai ke Sukan SEA Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81370491409_295x200.jpg)
Dua pakar pecut tidak disenarai ke Sukan SEA Myanmar
Dua pakar pecut negara, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh serta pelumba senior Suhardi Hassan tidak disenaraikan dalam skuad berbasikal lebuh raya negara untuk temasya Sukan SEA 2013 Myanmar.
![Edisi ke-18 LTDL catat sejarah tersendiri Edisi ke-18 LTDL catat sejarah tersendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41362286364_295x200.jpg)
Edisi ke-18 LTDL catat sejarah tersendiri
Aksi perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang menutup tirainya semalam mencatatkan sejarah tersendiri kepada sukan berbasikal lebuh raya negara.
![Anuar bergantung kepada strategi pasukan di LTdL Anuar bergantung kepada strategi pasukan di LTdL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361884067_295x200.jpg)
Anuar bergantung kepada strategi pasukan di LTdL
Pelumba pecut negara, Anuar Manan akan terus berusaha untuk mencapai kemenangan dalam baki empat peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini.