GAJAH sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Pepatah apa lagi yang lebih sesuai untuk menggambarkan situasi dihadapi kelab bola sepak Chelsea ketika ini?
Berikutan serangan Rusia atas arahan Presiden Vladimir Putin ke atas Ukraine, pemilik Chelsea, Roman Abramovich, kini secara rasminya diletakkan dalam senarai penggantungan United Kingdom dan dikenakan sekatan.
Abramovich adalah seorang daripada tujuh oligarki Rusia yang dikaitkan sebagai mempunyai pertalian rapat dengan Putin, lantas mendorong kerajaan British membekukan aset-asetnya di negara itu di samping mengenakan pelbagai sekatan, termasuk membabitkan Chelsea.
Bagi penyokong Chelsea, selagi sekatan ini berterusan, ini antara perkara paling penting yang harus anda tahu.
Chelsea tidak lagi dibenarkan untuk membeli, menjual mahupun meminjam sebarang pemain.
Sebarang kontrak pemain dan kakitangan kelab tidak boleh diperbaharui.
Tiada sebarang penjualan tiket perlawanan dibenarkan, hanya pemilik pas musim yang dibenarkan hadir ke stadium.
Penjualan barang dagangan seperti jersi rasmi pasukan turut dilarang.
Chelsea masih dibenarkan untuk menanggung kos perjalanan ke tempat lawan tetapi jumlahnya dihadkan kepada 20,000 pound (RM110,000) sahaja.
Sepanjang dua minggu lalu, Abramovich dilaporkan bergegas untuk menjual Chelsea kepada pemilik baru sebelum sekatan dikenakan, malangnya hajatnya tidak kesampaian.
Kini, penjualan kelab masih boleh dilakukan dengan persetujuan kerajaan United Kingdom, namun walau satu sen wang hasil penjualan tersebut pun tidak dibenarkan untuk masuk ke poket Abramovich.
Penaja utama jersi Chelsea musim ini, syarikat telekomunikasi Three, sudah pun menggantung persetujuan kerjasama mereka yang bernilai 40 juta pound (RM219 juta) dan meminta agar nama syarikat mereka tidak lagi dipaparkan pada jersi pasukan.
Syarikat Nike yang mempunyai persetujuan selama 15 tahun bersama Chelsea dengan jumlah setinggi 900 juta pound (RM4.9 bilion) dilaporkan sedang turut mempertimbangkan untuk membatalkan sebarang kerjasama lanjut.
Pelbagai pihak penaja lain dikhabarkan bakal mengambil tindakan serupa.
Daripada aspek tajaan semata-mata, Chelsea dianggarkan bakal mengalami kerugian setinggi 540 juta pound (RM3 bilion).
Gara-gara sekatan ini juga, kontrak tiga pemain pertahanan, Antonio Rudiger, Andreas Christensen dan kapten Cesar Azpilicueta, yang bakal luput pada hujung musim ini tidak akan dapat diperbaharui dan harus mencari kelab baru.
Wajar diingatkan bahawa Azpilicueta sudah bersama Chelsea selama 10 tahun lamanya.
Adakah kita turut bakal menyaksikan pemain-pemain bintang lain turut mengambil tindakan drastik demi menyelamatkan kerjaya masing-masing?
Had perbelanjaan kos perjalanan pasukan pula bermaksud pemain Chelsea harus melupakan sebarang jet peribadi dan hotel lima bintang kerana jumlah 20,000 pound (RM110,000) tidak cukup untuk menampung kesemua pemain utama, pemain simpanan dan pekerja Chelsea.
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, dilaporkan masih kekal positif dan dipetik sebagai berkata, "Selagi kami masih memiliki jersi dan juga bas, kami akan terus bermain," selepas kemenangan 3-1 ke atas Norwich City semalam, namun mampukah pemain Chelsea yang sudah biasa dengan kemewahan berfikiran serupa?
Menerusi pelbagai temu bual sebelum ini, Tuchel menegaskan yang dia cukup gembira bersama Chelsea dan langsung tidak akan mempertimbangkan untuk angkat kaki, namun dengan perkembangan ini, berapa lama agaknya pendiriannya itu mampu kekal?
Menerusi kolum peribadi di akhbar The Telegraph, bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher menggesa Manchester United untuk menyambar Tuchel bagi menggantikan Ralf Rangnick dan melabelkan perkara ini sebagai satu peluang keemasan.
Tidak mustahil ada pelbagai kelab gergasi lain di seantero Eropah yang turut mempertimbangkan perkara serupa.
Dijangka pelbagai berita buruk lain bakal melanda Chelsea dalam tempoh hari-hari yang mendatang.
Berdasarkan perkembangan terkini, ada dua perkara yang pasti: Sekatan ini tidak akan tamat dalam tempoh yang singkat dan Chelsea tidak mungkin akan kekal serupa seperti sebelumnya. - Oleh Asmawi Bakiri
Astro Arena
Fri Mar 11 2022
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich, kini secara rasminya diletakkan dalam senarai penggantungan United Kingdom dan dikenakan sekatan. - Foto via Astro Arena
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
EPL: Bintang Chelsea, Palmer lakar sejarah baru ketika ledak empat gol
Palmer menjaringkan keempat-empat gol Chelsea dalam perlawanan yang menampilkan enam gol dalam separuh masa pertama.
EPL: Pedro Neto sarung jersi nombor 7 di Chelsea, Raheem Sterling angkat kaki
Pemain sayap berusia 29 tahun itu telah memaklumkan keinginannya untuk ke kelab lain sebelum tarikh akhir jendela perpindahan minggu depan.
EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea
Bekas pengendali Leicester City itu memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh itu setahun lagi.
Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.
Tiga faktor sumbang pemecatan Pochettino
Pochettino menamatkan musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut, membawa Chelsea ke tempat keenam dalam EPL.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.